Kita dah dengar penjelasan dan maaf dari Aliff Aziz mengenai isu keluar karaoke bersama Afifah Nasir. Aliff Aziz juga memberanikan diri berhadapan dengan orang ramai mengadakan sidang media serta hadir ke rancangan TV siarang langsung bersama Bella semalam.
Tapi kita belum dengar lagi penjelasan dari Afifah Nasir. Bagi sesiapa yang follow Afifah di Instagram, anda pasti tahu yang dia dah ada kekasih. Selepas beberapa hari isu itu berlaku, adakah ini respon boyfriend Afifah?
Terima kasih kepada yang menyokong..
Semalam kekasih Afifah, Wan Ariff telah memuat naik foto di Insta Story menyatakan;
Terima kasih kepada sesiapa yang menyokong saya. Saya sangat menghargainya. Kesetiaan saya masih kekal.
Aliff Aziz sudahpun memohon maaf dan berazam ingin membetulkan semula keadaan dengan Bella. Kami percaya Afifah dan kekasihnya juga punyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ni. Orang kata, ada hikmah disebalik apa yang terjadi kan?
Sumber: Instagram Wan Ariff