berita

Isu Mahu Lempang Eina Azman, Afiq Muiz Selar Akhbar Tabur Fitnah

June 2nd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Afiq-Muiz

“Daripada fitnah saya, lebih baiklah ludah dan bunuh saya”. Itulah luahan Afiq Muiz dengan penuh nada kekesalan berikutan sebuah akhbar telah menuduh dia dan ibunya mahu melempang Eina Azman jika terjumpa bekas kekasihnya itu.

Artikel Berkaitan: Afiq Muiz & Ibu Mahu Lempang Eina Azman?

Menafikan sekerasnya dakwaan tersebut, terdetik juga rasa kasihan kepada pelakon ini apabila namanya sekali lagi menjadi perhatian ramai berikutan fitnah yang dilemparkan oleh akhbar tersebut.

Afiq ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu bahawa dia amat terkilan dengan isu ini dan mahu akhbar itu menunjukkan bukti kukuh terhadap tuduhan tersebut.

Screen Shot 2014-06-02 at 1.13.02 PMAfiq Muiz dan ibunya, Hasliza Mohd

“Saya tak tahulah kenapa perlu nak panjangkan hal ini. Kasihanlah pada saya dan ibu saya. Janganlah nak fitnah saya dan ibu sampai macam ini. Perkara ini pun dah lama berlalu.

Kalau saya nak saman, saya boleh saman. Tapi saya malas nak layan cerita-cerita macam ini. Saya sayangkan semua wartawan, saya hadir semua majlis. Tapi kenapa perlu nak burukkan nama saya.

Kalau dah tiada story, duduk diam-diam. Pada saya lebih baik tulis cerita yang ada value daripada buat gosip tak berfaedah ini.”

Ibunya, Hasliza Mohd juga dilihat tenang membidas gosip itu menerusi laman twitternya dan menasihati wartawan tersebut supaya menulis dengan ikhlas.

Screen Shot 2014-06-02 at 1.17.30 PM Screen Shot 2014-06-02 at 1.17.39 PM

Kemaskini Twitter ibu Afiq Muiz

Dalam pada itu, Afiq juga memberitahu bahawa dia baru sahaja memulakan penggambaran drama 26 episod berjudul Diaspora Cinta. Khabarnya, dia bakal bergandingan dengan Fathiya dan drama ini juga bakal dirakamkan di Turki.

P/S: Kisahnya, si wartawan pun tak tunjuk nama. Lols!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×