berita

‘Dah Cuba Saluran Yang Ada Tapi..’ – Isu Tamatkan Kontrak Jurulatih, Atlet Bidas Kembali MSN

January 18th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam Atlet Olahraga Kebangsaan, Muhammad Irfan Shamshuddin meluahkan isi hati mengenai jurulatihnya yang didakwa dipecat serta merta. Menerusi luahan di Instagram, Irfan mempersoalkan keputusan ini kepada Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq.

Artikel berkaitan : Atlet Persoal Tindakan Syed Saddiq Tamat Kontrak Jurulatih Serta Merta, Ini Respon Ketua Pengarah MSN

Terbaru, Irfan memohon maaf dan menjelaskan isu ini dari pandangan peribadinya.

Saya buat luahan bukan tuduhan

Selepas saya baca statement yang dibuat oleh pihak MSN. Saya mulakan dengan mohon maaf atas sebarang kesulitan.

First of all saya nak terangkan di sini, saya membuat LUAHAN bukan TUDUHAN.

Second, Msn kata yang saya sendiri minta untuk tukar coach. Untuk pengetahuan, saya meminta coach saya sendiri SELEPAS saya dapat tahu yang coach saya tidak disambungkan contract.

Masa saya dah suntuk

Dan MSN juga berkata, saya tergesa-gesa membayar sendiri fees coach saya selepas MSN membuat keputusan untuk tidak melanjutkan contract coach saya.

Saya terus mencari dan memilih coach yang terbaik utk saya serta sesuai dengan keadaan kewangan MSN. Sebab masa dah suntuk untuk saya. Banyak game besar saya tahun ni.

3rd, MSN dan KOM mencadangkan saya untuk training bersama coach Hammer Throw dari China yang tiada pengalaman dalam Sukan lempar cakera.

Pilih coach baru sesuai dengan bajet MSN

Sehingga saat ini, kalau kita ikut performance from 2017-2019 so far saya dan negara kita Malaysia masih ditangga ke 2 di Asia bagi acara lempar cakera.

Berhubung dengan coach baru saya, kenapa saya pilih beliau adalah kerana disebabkan budget MSN. Untuk pengetahuan, coach yang saya mohon ini lebih murah berbanding daripada coach saya yang lama.

Dia juga adalah coach kepada atlet yang memenangai pingat Emas Di Olympic Barcelona 1992. Saya juga pernah berlatih bersama-sama dengan beliau sebelum ini in short period. Coach ini merupakan silver medal in Olympic 1980 Moscow dan World Champion 1983 Helsinki.

Mengenai dakwaan tiada maklumat lengkap

As until today he is still no 10th in world ranking all the time. The big reason WHY saya nak pilih secara peribadi coach saya sendiri kerana I KNOW MY SPORT better than management do. Most of the athletes does.

4rd, MSN kata tiada maklumat lengkap. Untuk pengetahuan apa yang saya hantar kepada MSN adalah document yang sama saya hantar dahulu ke ISN PODIUM. And tiba2 maklumat tak lengkap. Berkenaan dengan cuaca, to train there at this time it’s basis preparation for building strenght and discus throw technique for summer season.

I have to build it now and i can spend it on the competition in the summer. This is part of training, is great to spend in the group of throwers and I will have this group there. To have a group like this is a good motivation.

Kalau nak surat, saya boleh sediakan

5th, tiadanya program latihan terperinci, sains sukan dan perubatan. Perlu saya ingatkan yang saya training di Eropah bukan Timor-Leste ya .

6th, tiadanya sebarang surat rasmi daripada tempat latihan. Saya tak pernah hantar surat macam ni sebelum2 ni punya training camp tapi kalau nak saya boleh sediakan.

Saya bukan hanya membawa cita2 saya kepersada antarabangsa malah bersama saya adalah cita2 seluruh rakyat dan negara tercinta.

Saya dah cuba guna saluran sedia ada tapi..

Saya juga tidak bersetuju dengan pendapat peribadi Dato menyatakan institusi pengajian menghadapi masalah dengan saya. Saya telah dinobatkan olahragawan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia) pada tahun lepas.

Saya menggunakan platform media sosial kerana saya telah mencuba semua saluran yang ada, tetapi tidak diberi perhatian seperti yang saya harapkan. Saya hanya ingin melakukan yang terbaik untuk negara kita.

Terima kasih

Pintu KBS sentiasa terbuka – Syed Saddiq

Sementara itu, YB Syed Saddiq menerusi Instagramnya menyatakan pintu KBS sentiasa terbuka buat atlet yang mempunyai sebarang masalah.

Berhubung isu ini, Syed Saddiq sedikit kesal perkara ini terus sampai ke media sosial tanpa menghubunginya terlebih dahulu.

Sumber : Irfan Shamshuddin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×