berita

Isu Pelakon Melayu Berlakon Drama Gay, Jakim Akan Rujuk SKMM – ‘Bertentangan Dengan Budaya Norma Malaysia’

December 7th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Tular di laman sosial beberapa hari yang lepas isu seorang artis lelaki di Malaysia yang dikatakan berlakon sebuah drama yang mengangkat tema hubungan sejenis (gay).

Terbaru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan memaklumkan bersedia merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Siasatan akan dilakukan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, perkara yang berlaku ini bertentangan dengan norma dan juga budaya rakyat Malaysia.

Jika perkara itu melibatkan filem, in shaa Allah akan dipanjangkan kepada pihak SKMM supaya dapat menyiasat kerana ianya bertentangan dengan budaya norma Malaysia.

Ianya norma rakyat Malaysia yang tidak beretika, semua agama tidak boleh menerima konsep berkenaan dengan gay ini.

Idris Ahmad berkata sedemikian ketika diminta untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai seorang pelakon lelaki yang melakonkan babak yang kurang menyenang dalam sebuah drama siri yang sudah ditayangkan.

Lebih mengejutkan apabila, pelakon terbabit itu sendiri mendakwa bahawa dia tidak tahu menahu mengenai babak tersebut dan menyatakan jalan cerita yang disiarkan tidak senonoh itu tiada di dalam kontrak.

Tambah menteri itu lagi, jika perkara tersebut berlaku di mana-mana negeri, jabatan agama negeri terbabit akan diminta untuk memanggil pelakon tersebut bagi mendapatkan kepastian dan turut menyatakan bahawa Jakim tiada bidang untuk menghukum.

Jakim hanya penyelaras saja, tidak ada bidang kuasa untuk menghukum kerana ia terletak kepada pihak berkuasa agama negeri

Video Penuh:

Sumber: MetroTV

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×