berita

Isu Penyampai Berita ‘Sound Setepek’, Pihak Astro Awani Beri Kerjasama Sepenuhnya

May 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, tular mengenai satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh penyampai berita Astro Awani, susulan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh peniaga yang dikenakan kompaun mencecah RM50k. Bahkan, rata-rata netizen menyokong dan memuji akan ‘keberaniannya’ untuk bersuara berhubung isu tersebut.

Artikel berkaitan : Isu Kompaun RM50k, Pembaca Berita Astro Awani ‘Sound Setepek’ Otak Letak Dekat Lutut

Artikel Berkaitan: Didakwa Menimbulkan Kenyataan Fitnah, Polis Siasat Pembaca Berita

Walau bagaimanapun,  kenyataan tersebut didakwa telah menimbulkan fitnah dan pihak polis sedang menyiasat akan kes berkenaan.

Akan beri kerjasama penuh

Susulan daripada itu, menerusi kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Astro Awani, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi menyiasat kenyataan yang telah dikeluarkan oleh penyampai berita stesen berkenaan.

Jelas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail pihaknya sentiasa komited dalam menguatkan lagi hubungan bersama masyarakat dan pihak polis di samping menyajikan berita-berita yang beretika dan berkualiti.

Kami sentiasa berpendirian bahawa institusi kepolisan negara yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat perlu sentiasa dihormati dan dipelihara setiap masa.

Difahamkan, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kenyataan media

 

 

Sumber: Ashwad Ismail

SKIP THIS AD ×