berita

Isu Pokemon Go, Vaksin Imam Muda Ammar & Yuna Berpelukan – Ini Teguran Da’i Wan Untuk Masyarakat Yang ‘Judgemental’

August 10th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

daiwan header

Hidup pada zaman yang serba canggih dan moden ini, isu semasa lebih cepat tersebar melalui media sosial. Apabila timbul sesuatu isu maka berduyun-duyunlah masyarakat kita menghentam dan mengkritik tanpa usul periksa.

Nah baca teguran Da’i Wan Dazrin yang kesal dengan kelakuan masyarakat kita pada hari ini. Katanya, ‘Malaysia mungkin negara muslim yang sopan tetapi bukan mukmin yang beradab’?

Dua jenis typical Malaysia di laman sosial – ‘backup’ & ‘bashup’

Cukup dah. Ramai dah yang bersuara pasal Pokemon Go.

“Jangan risau, masa depan nanti akan banyak lagi perkara yang sama akan berlaku.”

Hah? (Terkejut). Ya. Macam mana pula Da’i Wan boleh buat jangkaan sebegitu?

Sebab saya sudah boleh baca mentaliti kesedaran masyarakat Malaysia secara umumnya. Senyum.

Kita akan jumpa kes yang sama but dalam version yang baru. Tak caya? Nantikannya. Simpan post saya ini. Sampai Viral berlaku sekali lagi dimasa depan. Datang, dan tampil dengan screen shot post saya hari ini.

Mari saya tunjukkan pada kalian certain cases yang berlaku baru-baru ini dan buatlah semakan sendiri. Macam mana saya boleh buat jangkaan sedemikian.

Think twice. Renungkan.

Ini, cerita tentang typical Malaysia punya level kesedaran dilaman sosial. Which is us. Saya tak nafikan. Saya juga antara yang didalamnya. Saya sedang cuba untuk ubah kini dan saya turut harap bantuan anda yang tengah baca post saya kini.

Contoh kes Yuna & Usher berpelukan serta isu vaksin Imam Muda Ammar

Pertama, ingat kes Yuna dan Usher. Berpelukan. Kalau kalian perasan, ada 2 jenis typical masyarakat kita yang akan muncul. Lihat dari sisi yang matang ya. Saya cuba bawa kalian. Golongan yang pertama ialah golongan ‘Backup’ dan golongan kedua ialah ‘Bashup’. Yang Backup, mereka akan backup Yuna dengan cara buat comparison.

“Habis tu, yang kat drama TV tu tak berpeluk?”

“Yang menyanyi pakai baju tak cukup kain lagi tu nak compare dengan Yuna yang tutup aurat ni, lagi baik!”

“Time ni baru nak sibuk ulas pasal Yuna apa semua, time yang artis Malaysia lain tu buat hal tak kecoh pula?”

Seterusnya, yang Bashup.

“Lebih elok ko tak payah pakai baju Yuna kalau macam tu ko pakai”

“Pelik aku, bertudung apa semua, tapi tak tahu jaga batas”

“Bo***, memalu***”

Sedih. Ya. Honestly, kita hidup dalam kitaran begitu. Terimalah.

Seterusnya, case Viral tentang Vaccine yang dibuat oleh Imam Muda Ammar secara sarkastik dan beliau di ‘Bashup’. Kita semua tahu Imam Muda Ammar bersalah. Maka, macam biasa golongan yang bash, tidak akan pernah berhenti selagi satu insan itu jatuh tidak tersungkur, mereka akan pastikan terduduk pun jadilah. Saya sedih melihat macam mana Imam Muda Ammar, hari ini tamat semuanya tentang dia. Dia hilang terus dari dunia maya. Kita tahu dia ‘Bersalah’.

Namun, sedangkan Allah swt pun mengampunkan satu orang manusia, siapa kita untuk tidak beri ruang kemaafan pada salah silap hamba lain? Kita bukan hamba juga ke. Iyalah. Kita terlupalah tu kita juga seorang hamba sebenarnya. Kita rasa teknologi kita punya, ilmu kita punya, hak kita, kita punya. Lupa, dalam hak kita ada hak orang lain juga. Salah satunya ialah ‘Memaafkan’. Itulah hak kita yang didalamnya ialah hak orang lain.

Malaysia negara muslim yang sopan tapi bukan mukmin yang beradab

“Malaysia mungkin negara muslim yang sopan tetapi bukan mukmin yang beradab”

Saya selalu terfikir, pada golongan yang bash ini. Seperti mana mereka bash ulama kita, sohibus samahah Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syeikh Zulkifli Muhammad al Bakri dinihari. Sehebat mana ilmu mereka untuk tangkisi hal seperti ini jika mereka yang tersilap dan dibash pula. Mereka mungkin terlupa, kata-kata mereka adalah satu ujian untuk mereka. Sebab itu kita kena selalu sangat beringat atas dunia ni, what you give you might get back.

Itulah ia ciri-ciri utama yang kalian pasti akan telusuri dengan mudah di ruangan komen sebuah post yang menjadi Viral dimana-mana. Ada yang akan ‘Bashup’ dan ada yang akan ‘Backup’. Jadi sepatutnya anda dah boleh baca. Anda dan saya sudah boleh lihat. Kesedaran tentang adab dan ilmu dalam masyarakat Malaysia kita hari ini, bagai tiada jalan penamatnya. Ia akan terus berputar selagi ‘Kesedaran adab’ & ‘Ilmu’ itu tandus dalam masyarakat kita. Sebab itu saya boleh predict apa yang akan berlaku dimasa depan nanti. Kini bukan saya sahaja lagi. Saya pasti anda pun sudah boleh merasakan yang sama.

Ia akan berulang. Kita akan saksikan yang hal yang sama. Kita akan letih pun tentang hal yang sama. Ustaz dan ustazah juga penat cerahkan benda yang sama. Orang-orang yang berilmu akan masak dengan kes dan perilaku komentar yang sama.

Malam ini, saya tinggalkan amanat ini.

Jadilah orang yang beriman, yang tahu jaga lisan, perlakuan dan pandangannya. Pandanglah dengan rahmah tentang sesuatu perkara dimasa depan nanti, dan ubahlah dengan berhikmah. Kalau bukan bermula dari diri sendiri, semua ini pasti tidak akan terjadi.

Fikirkanlah dua kali. Kita atau orang lain?

“Siapa pemulanya….”

Ikhlas, Da’i Wan.

sumber: Wan Dazrin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×