berita

Isu Sindir Kerajaan Dalam Maharaja Lawak Mega 2019, MBSA Terima Permohonan Maaf Pak Ya

February 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Semalam viral di media sosial apabila anggota kumpulan Rare iaitu Ropie, Ajak Shiro dan Ilya membuat satu permohonan maaf secara terbuka berkenaan isu sindiran sewaktu melakukan persembahan di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 tahun lalu.

Terbaru, menerusi Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pak Ya atau nama sebenarnya Ilya mampu menarik nafas lega apabila hasratnya untuk tampil dalam sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 di Royal Teater Shah Alam berhasil. Ini kerana, pihak MBSA telah meluluskan permit hiburannya. Alhamdulillah!

Mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Menurut laporan Majlis Bandaraya Shah Alam, permit hiburan tersebut disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam iaitu Mohd Rashidi Ruslan sebaik sahaja kesemua hali kumpulan Rare membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pada masa yang sama, pihak MBSA dalam kenyataan yang dikeluarkan itu juga memberitahu mana-mana pihak yang ingin mengadakan persembahan hiburan di kawasan pentadbiran MBSA, mereka seharusnya mematuhi syarat dalam permit hiburan iaitu tidak menyentuh sensitiviti masyarakat terutama melibatkan isu perkauman.

Reaksi netizen

Sumber: Majlis Bandaraya Shah Alam

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×