berita

Isu Tabung Haji Didakwa ‘Goyah’. Apa Yang Perlu Korang Buat? Withdraw @ Kekal?

January 28th, 2016 | by Noraniza
Kini Trending

Tabung-Haji 2

Berikutan desas-desus yang mengatakan bahawa Lembaga Tabung Haji berdepan masalah membayar dividen kepada pendepositnya untuk tahun lepas, ramai mula mengira-ngira untuk mengeluarkan simpanan mereka di situ.

Namun, Afyan Mat Rawi juga mencadangkan agar pendeposit mengekalkan simpanan mereka atas sebab di bawah. Erm.. Tapi, tepuk dada tanyalah selera. Nak keluar atau tidak, itukan duit korang.

Tabung-Haji

T”uan, saya sudah tidak yakin dengan tabung Haji jadi saya keluarkan duit dari Tabung Haji, apakah alternatif terbaik?”

Kata ejen takaful, “Masuk takaful haji, lagi bagus dari Tabung Haji. Pelaburan dapat, perlindungan pun dapat”.
Kata ejen unit trust, “Masuk unit trust la. Boleh bagi return 15% ke 20% setiap tahun, patuh syariah lagi.”
Kata ejen XXX Gold, “Beli emas, harga emas meningkat setiap tahun”.
Kata Mamat XYZ, “Masuk skim lebuhraya XYZ la, boleh dapat duit bulan-bulan”.
Kata staff XXX Bank, “Buat ASB loan, lepas tu top up dengan duit TH”.
Kata dealer Telco ZOZTalk, “Jom bertukar kepada ZOZTalk. Orang lain pakai telefon kena bayar duit, kami pakai telefon dpt duit”.

NOTA; Jangan tanya si tukang gunting sama ada kita perlu gunting rambut atau tak. Sebab dia akan kata perlu gunting walaupun kita botak.

Cadangan saya?
Kekalkan duit di Tabung Haji, sebab isu yg berlaku pada TH ialah isu good governance, bukan isu financial planning.
Lihat pengumaman dividen TH nanti utk buat keputusan berdasarkan financial planning.
Isu good governance, kena selesai dengan cara politik. PRU dah tak lama.

Screen Shot 2016-01-28 at 1.38.10 AM

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×