Pelakon Amar Baharin bersyukur apabila isu sebidang tanah milik ibu bapanya di Semenyih kini telah diselesaikan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor.
Artikel Berkaitan: ‘Macam Mana Satu Bidang Tanah Boleh Ada 2 Geran Berbeza?’ – Amar Baharin
Artikel Berkaitan: ‘Mama Pernah Cakap Nak Selesaikan Isu Tanah Ini Sebelum Dia Meninggal Dunia’ – Amar Baharin
Tunggu tanah ganti
Ketika ditemui OhBulan! Amar atau nama lengkapnya Amar Mohd Baharin memaklumkan pihak PTG memberi penjelasan yang jelas tentang isu yang dibangkitkan.
Ujarnya, pihak PTG bakal menggantikan tanah yang baru buat keluargnya.
Mereka sudah ada tindakan dimana mereka ada satu tanah yang bakal digantikan.
Jadi sekarang ini, saya masih menunggu untuk nama tanah tersebut sepenuhnya dibawah pihak kerajaan.
Selepas itu, barulah pihak PTG akan berikan tanah tersebut kepada kami sebagai tanah ganti.
Berkongsi lebih lanjut, Amar memaklumkan isu ini telah diselesaikan tanpa melibatkan pihak polis mahupun sebarang isu rasuah.
Amar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Berbahagi Suami di The Fleur, Ttdi, pada Rabu.
Terima kasih pada media
Dalam pada itu, Amar sempat menitipkan ucapan terima kasih buat media yang membantu dalam membuka mata pihak atasan.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media yang membuat liputan mengenai hal ini.
Sedikit sebanyak membuka mata pihak atasan untuk masalah-masalah rakyat yang banyak terjadi sekarang ini.
Berikutan itu, suami kepada pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli turut menasihati agar memilih saluran yang tepat untuk melaporkan masalah yang dihadapi.
Walau bagaimanapun, Amar memaklumkan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk tidak berkongsi hal ini secara terperinci pada umum.