Foto: Vanessa Angel, Gala Sky (anak), Bibi Adriansyah (suami)
Sebelum ini viral di sosial media mengenai isu bapa kepada arwah Vanessa Angel iaitu Doddy Sudrajat atau lebih mesra dengan panggilan Pak Doddy didakwa ‘tergilakan’ harta peninggalan anak perempuannya itu.
Artikel Berkaitan: Belum Genap Sebulan Meninggal, Ayah Vanessa Didakwa Sibuk Bahagi Harta & Ketepikan Hak Cucu
Artikel Berkaitan: Pasangan Pelakon Maut Kemalangan, Pemandu Bongkar Apa Yang Berlaku Sejam Sebelum Kejadian
Artikel Berkaitan: Pasangan Pelakon Maut Kemalangan, Anak 1 Tahun Jadi Yatim Piatu, Pemberita Nangis Di Live TV Saat Temubual Saksi
Terbaru, Pak Doddy memaklumkan dia nekad mahu kubur Vanessa digali dan dialihkan di kawasan kubur arwah ibunya.
‘Apa pun terjadi, kubur mesti dipindahkan’
Foto: Hot Detik
Terdahulu, Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Adriansyah sudah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di TPU Islam Malaka Ulujami, Indonesia. Tetapi kini, bapa kandung Vanessa iaitu Pak Doddy mengatakan ingin menunaikan wasiat terakhir anak perempuannya itu yang mahu disemadikan di kawasan kubur ibu kandungnya.
Meskipun hasrat tersebut mendapat kritikan tetapi Doddy seakan tidak peduli dan mengakui sudah bersedia dengan segala risiko yang akan berlaku kelak.
Harus diambil risikonya. Apa pun yang terjadi kubur itu mesti dipindahkan. Keputusan adalah muktamad. Wasiat ini mesti ditunaikan. Pihak keluarga yang berhak, iaitu keluarga saya dan keluarga bekas isteri sudah tidak ada keberatan.
Tunai wasiat terakhir arwah
Foto: Muslim Okezone
Doddy mendakwa wasiat Vanessa tidak dapat ditunaikan sebelum ini kerana suaminya, Bibi turut meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka pada awal November lalu. Malah, Doddy mendakwa pada ketika itu dia berada dalam dilema kerana keluarga Bibi dikatakan mahu mengebumikan jenazah Bibi dan Vanessa dalam satu liang lahad sedangkan Doddy mahu Vanessa dikebumikan berdekatan kubur ibunya.
Bukan itu sahaja, Doddy turut mendakwa salah satu sebab lain dia mahu memindahkan kubur Vanessa kerana pada ketika ini kubur anak perempuannya itu terletak di tepi jalan raya dan ianya akan mendatangkan risiko sekiranya jalan tersebut dibesarkan. Difahamkan, proses pemindahan itu kemungkinan akan dilakukan selepas 40 hari pemergian Vanessa.
Sumber: CNN Indonesia