Nampaknya, isu mempermainkan kalimah Allah tidak pernah berhenti. Jika sebelum ini isu tersebut hangat diperkatakan di Denmark, kini penyanyi popular antarabangsa, Katy perry pula bagaikan sengaja menimbulkan api kemarahan umat Islam menerusi video klip lagu ‘Dark Horse’.
Video klip berdurasi selama 3:40 minit ini dilihat menggambarkan situasi di era Mesir dahulu kala dimana penyanyi tersebut melakonkan watak seorang raja yang amat berkuasa dan mampu melakukan magis hebat.
Salah satu babak dalam video klip itu memaparkan seorang lelaki memakai rantai dengan kalimah Allah telah disumpah kepada bentuk pasir menggunakan kuasa magis.
Babak di minit ke 1:15 di mana seorang lelaki memakai rantai dengan kalimah Allah
Babak tersebut seterusnya mengundang kontroversi hangat dalam kalangan umat Islam apabila video ini dianggap menghina kekuasaan Allah SWT.
Banyak lagi cara untuk promosi produk, tapi pendekatan yang digunapakai oleh Katy Perry ini nyata mengundang kemarahan umat Islam.
Susulan itu, satu petisyen untuk memadam video tersebut daripada laman Youtube dilancarkan oleh Shazad Iqbal dari United Kingdom dan telah berjaya mengumpulkan lebih 34 ribu tandatangan dalam tempoh sehari. Kandungan petisyen tersebut berbunyi:
“Bahawa orang-orang dari lapisan yang berbeza dalam kehidupan, agama yang berbeza dan dari bahagian-bahagian yang berlainan di dunia, bersetuju bahawa video yang menggalakkan kekufuran, dengan menggunakan nama Allah dengan cara yang tidak relevan dan tidak digemari akan dianggap tidak wajar oleh mana-mana agama.”
Pelakon terkemuka tanah air, Tiz Zaqyah juga telah memuatnaik status di laman Twitter semalam dan menyatakan rasa kesalnya mengenai video kontroversi tersebut.
Komen Tiz Zaqyah mengenai video klip ‘Dark Horse’ yang dimuatnaik di laman Twitter semalam
Persoalannya, adakah media tempatan di Malaysia akan melakukan tindakan sewajarnya untuk mengharamkan segala produk keluaran Katy Perry? Lebih-lebih lagi stesyen radio yang dikenali sebagai agen penggerak industri muzik tempatan dan antarabangsa.
Sedar atau tidak, jika perkara ini tidak dibendung daripada sekarang, maka akan semakin berleluasa isu mempermainkan isu ketuhanan. Mana tahu kelak agama lain pula diperkotak-katikkan oleh penyanyi biadab ini kan?
Tindakan ini harus dilakukan supaya ianya sedikit sebanyak dapat memberitahu bahawasanya rakyat Malaysia menentang sehabisnya isu mempermainkan kalimah Allah ini.