berita

Itinerari & Pengalaman Backpacker Ikut Jalan Darat Rentas 3 Negara Dalam 7 Hari

May 2nd, 2019 | by Amat
Travelogue

Setiap dari kita mesti mengimpikan sebuah percutian bersama kenalan rapat terutamanya yang masih bujang. Menjelajah setiap buah negara di Asia Tenggara menjadi impian ramai anak muda termasuk pengguna Facebook Amat Larbsib.

Perjalanan menggunakan pengangkutan darat menjadi pilihan 3 anak muda ini untuk menjelajah negara di Asia Tenggara bermula dari Hanoi, Vientiane dan Bangkok selama 7 hari. Memang betul-betul mencabar ni!

Bercuti ala-ala Mat Salleh

Sementara masih bujang dan single, aku decide untuk bercuti ala-ala backpacker macam Mat Salleh selalu buat tu. Dan tak sangka bermula sebuah angan mampu bertukar menjadi realiti. Kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku sebagai backpacker bersama 2 lagi kawan zaman Universiti dulu (Nazirul Faiz & Zhaf), kami diberi rezeki untuk menjejak kaki ke negara orang.

Maka, aku izinkan pengalaman dan itinerary ke Hanoi (Vietnam), Vientiane (Laos) dan Bangkok (Thailand) selama lebih kurang 7 hari untuk ditekan button Share di bawah.

Apa kisah, benda bagus macam ni kita kena la kongsi bersama. Sharing kan is caring. So, I caring dekat you juga la kiranya kan?

Are you ready? Jom… Eh jap, by the way aku hanya ambil masa 4 bulan saja bermula dari persiapan booking tiket flight, booking tiket bus (jalan darat), booking penginapan, tukar duit dan sebagainya. Alhamdulillah, Allah perkenankan perjalanan ini.

Ini bukan diari perjalanan yang penuh puitis ye. No… Aku tulis simple je point dan info penting. Malas nak puitis ni, kita bukannya pandai sangat.

Vlog dari KLIA2 ke No Bai

Keseluruhan bajet di Hanoi

Perbelanjaan di Hanoi (Dong)

Pengangkutan Grab
No Bai International Airport – LeGia Hostel 280,000
Al Noor Mosque – Batavia Restaurant 35,000
Batavia Restaurant – LeGia Hostel 44,000
Railway Station – Street Train 44,000
Street Train – Nuoc Ngam Bus Station 86,000
New Ticket Bus Hanoi – Vientiane 500,000

Tiket masuk Hon Kiem Lake 30,000
Ha Long Bay Pakej 1,100,000 / seorang

Makanan
Ayam Bakar Kecap 140,000
Set McD 79,000
Lunch Nasi + Daging Sayur 100,000
Vietnam Spring 90,000
Buah manga 40,000
Mineral 11,000
Bentagen yogurt 28,000
Highland Milk coffee 15,000
Fanta & Vietnamese coffee 70,000
Ice –cream 6,000
Gummy candy 29,000
Vietnamese coffee 60,000
Coconut 35,000

Buah tangan
Box cermin 200,000
Kipas tangan 60,000
Cao 50,000
Fridge magnet 100,000

Destinasi wajib singgah di Hanoi

Info:
Kami naik flight AirAsia dari KLIA2 ke No Bai International Airport. Booking sejak bulan Januari 2019 lagi (4 bulan awal) dan harga tiket dapat Rm100.30 termasuk Nasi Lemak Pak Naseer.

LeGia Hostel pun booking awal melalui Agoda.com dengan harga sekatil backpacker Rm22.30 untuk 2 malam/ seorang. Bilik campur laki perempuan.

Untuk ke Ha Long Bay, selalunya setiap hostel korang akan disediakan pakej ke sana dengan sekitar harga 1,3000.000. Tapi pujuk lah untuk dapatkan harga diskaun. Selepas pujuk Ann (gadis reception) kami berjaya ke Ha Long Bay dengan harga 1,1000.000 untuk pakej 1 hari sahaja.

Akan ada bus untuk pick up korang di depan hostel dan bawa anda ke pelabuhan Ha Long. Di sana nanti anda akan naik cruise pula untuk sampai ke Ha Long Bay dengan perjalanan yang agak jauh dan lama. Dalam pakej tersebut telah termasuk set makanan. Hanya ada makanan lauk seafood, lauk ayam tu ada la tapi kalau nak makan tu makan jela. Don’t be was-was. Hahaha.

Hari pertama touchdown Hanoi, kami tapau bandar Hanoi dulu termasuk Hon Kiem Lake, Old Quarter dan di sana anda boleh lihat sendiri bandar Hanoi yang penuh dengan bunyi hon kenderaan di mana-mana sahaja. Lebih teruk berbanding KL.

Apa yang ada di Hon Kiem Lake? Kalau tengok Running Man episode Vietnam, anda akan faham akan sejarah di tasik itu dan kura-kura bawa pedang naik ke atas.

Kalau nak shopping dengan harga yang agak ‘kapak’ boleh lah ke Old Quarter tu. Diaorang ni bijak bila nampak tourist. Kasut bundle member aku lekang sikit pun diaorang pujuk nak letakkan gam lagi. Rupanya memang dia buat business gamkan kasut. Nasib baik tak tertipu.

Keindahan Ha Long Bay

Teruskan perjalanan dari Hanoi ke Laos

Untuk pengetahuan anda juga, di bandar Hanoi hanya terdapat 9 buah kedai HALAL sahaja. Itupun jauh-jauh dan anda kena ambil Grab. Kalau tak cukup duit tu berjalan jela. Kebanyakkan destinasi pelancongan yang ditujui, kami hanya berjalan kaki (kalau dekat) Rajin-rajinlah tengok Google Map.

Kami ambil keputusan untuk makan di Zaynab Restaurant terletak di sebelah Masjid Al Noor. Harga makanan HALAL di sana agak mahal juga. Ye la, makanan HALAL kan susah nak dapat, so, diaorang charge dengan harga yang agak berbaloi la. Penganut Islam di sana adalah minority.

Point yang lebih penting sekali ialah mengenai tiket bus yang telah dibeli online melalui 12 Go Asia. Kena scammer weyhhh! Habis duit melayang. Harga beli online 550,000 Dong seorang (Rm 98.30) dari Hanoi ke Vientiane, Laos (termasuk insuran).
Dalam online cakap claim tiket di kaunter 63. Bila ke kaunter 63, diaorang tolak ke kaunter 57. Sampai ke kaunter 57, dia call 12Go Asia tak jawab sebab dia nak pengesahan mengenai tiket yang kita beli online tu.

Then, sebab nak kejar time ke Laos, kami terpaksa keluarkan duit seorang 500,000 dong buat kali kedua. Time ni, duit aku dah tak ada. Atas nilai kasih sayang persahabatan, terpaksa lah Nazirul Faiz keluarkan duit dia untuk aku. Kalau tak, duduklah aku kat Hanoi tu.

By the way, orang Vietnam tak pandai sangat tau nak komunikasi dalam English. So, anda install siap-siap apps Google Translate.

Perjalanan dari Hanoi ke Vientiane, Laos menaiki bus mengambil masa kira-kira 16-17 jam. Bas sejenis semi sleeper. Keadaan kami dalam bas tu dah macam pelarian dah.
Boleh tonton video penuh di YouTube ok.

Dugaan tak disangka nak ke Laos

Bajet penuh digunakan di Laos

Perbelanjaan di Vientiane, Laos (Kip)
Charge OT kastam 25,000
Charge OT Kastam 20,000
Tandas 2,000

Pengangkutan
Loca Bus Station Vientiane – A&B Restaurant 80,000
Loca A&B Restaurant – PVO Hostel 82,000
Loca That Luang – PVO Hostel 52,000
Loca Talad Sao – Nazim Restaurant 28,000
Loca Khop Chai Deu – Patuxay 2,5000

Masuk Patuxay 3,000
Fridge magnet 20,000

Makanan
Air mata kucing 5,000
Susu + keropok 7,000
Susu, Roti, Mineral 26,000
Nasi goreng daging & Mee Sup 50,000
Pulut bakar 10,000
Nasi, Tomyam, Watermelon juice 70,000

Install Loca apabila di Laos

Info:
Aku takkan lupa pengalaman naik bas dari Hanoi ke Laos yang sangat lama dan memenatkan badan. Penat tidur kot. Bak kata kawan aku, letak je aku kat mana pun akan tidur juga si Amat ni. Pergi mana pun nak tidur.

Alhamdulillah, dah masuk tanah Laos ni aku rasa selamat sikit dari bahasa komunikasi dan makanannya. Kat sini aku tak guna bahasa English sebab bahasa Laos lebih kurang macam bahasa Thai tapi beza hanya loghat sahaja. Macam Malaysia dan Indonesia.

Aku ada kelebihan untuk berbahasa Thai jadi aku gunanya di Laos. Rata-rata orang Laos pun boleh bercakap Thai dengan fasih.

Jika anda ke Laos, install je Loca (sejenis macam Grab). Dan kebanyakkan Loca adalah kenderaan 4×4 tau. Jangan terkejut.
Dan kedai Islam di sini tak mudah dan tak susah nak cari. Kena search juga la kat Google. Taste makanan sangat jauh beza dengan makanan di Vietnam. Makanan di Vietnam tak ada rasa, macam makanan di hospital. Tapi bedal je sebab lapar teruk.

Kalau dah sampai ke Vientiane, kena ke Patuxay tau. Hanya dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang waktu Laos. Anda berpeluang untuk naik ke atas dan menyaksikan panorama bandar Vientiane yang indah. Kat atas sana juga ada jualan souvenir untuk dibeli kepada kenalan dan keluarga di Malaysia nanti.

Perjalanan lebih 16 jam dalam bas

Peringatan penting di kastam Laos

Seperti biasa, kami sudah booking PVO Hostel melalui Agoda.com dengan tawaran harga yang sangat murah. Hanya Rm123.00 sahaja untk bilik 4 katil hanya semalam termasuk sarapan. Agoda pun bagi rate 8.6 tau untuk PVO Hostel. Di sini juga anda boleh je sewa motor atau basikal untuk round satu Vientiane. Banyak lagi tempat menarik di sini yang perlu anda explore sendiri.

Untuk tidak mengulangi kes scammer bus 12Go Asia buat kali kedua, kami ke Khop Chai Deu Restaurant (tempat pick up) dan tanya terlebih dahulu mengenai tiket bas dari Nongkhai ke Bangkok.

Perjalanan dari Khop Chai Due ke kastam Laos-Thai kira-kira 30 minit sahaja. Dan akan ada sebuah van datang pick-up customers di restaurant ini sebelum dibawa ke kastam Friendship Border. Harga beli online 1,400 Bath (seorang) termasuk insuran (Rm181). Alhamdulillah, perjalanan tiada masalah.

Untuk pengetahuan anda, di border Laos anda sama sekali dilarang untuk bergambar atau rakam video tau. Sebab tindakan itu telah melanggar undang-undang negara. Jika didapati bersalah, anda mungkin akan disabitkan kesalahan denda atau penjara (tak pasti hukuman apa tapi lebih kurang macam ni).
Some info bila anda di Kastam, anda akan dikenakan charge wang tunai (nilai di atas) untuk bayar ke kastam. Ini adalah dikira OT untuk diaorang bekerja pada cuti hujung minggu dan after office hour.

Senang cerita tengok jela video penuh Vlog aku kat YouTube.

Destinasi menarik di Laos

Keseluruhan bajet di Bangkok

Perbelanjaan di Bangkok (Bath)

Perjalanan
Grab Chatuchak Bus Station – 37 Nature House 190 Bath
Grab 37 Nature House – Aesah Rosdee Restaurant 225 Bath
Grab Khao San – Sukhumvit 152 Bath
Grab Sukhumvit – Ratchada Market 120 Bath
Grab Ratchada – 37 Nature House 196 Bath
Grab 37 Nature House – Airport Don Mueang 228 Bath
Boat Wat Arun – Wat Pho 4 Bath (seorang)

Makanan
Buah mangga 20 Bath
Maggie (2), Collagen, yogurt 150 Bath
Nasi ayam 20 Bath
Pulut inti 50 Bath
Air Soya 10 Bath
Buah mangga 17 Bath
Koteaw sup (2), teh ais 130 Bath
Collagen drink 20 Bath
Air kelapa 40 Bath
Mineral 7 Bath
Air Soya 13 Bath
Collagen drink 39 Bath

Gelang tangan hipster 40 Bath
Cermin mata UV 800 Bath

Mudah dapatkan makanan Halal

Info:
Kalau anda balik ke Malaysia dan tak nak perjalanan lama, better naik flight je. AirAsia dari Don Mueang ke KLIA2 aku dah booking 3 bulan awal dan dapat harga Rm181.60 tanpa makanan.

Dan memilih penginapan dekat dengan airport. Sebab senang nak balik nanti. 37 Nature House jadi pilihan aku dengan suasana yang nyaman, service terbaik, dipenuhi dengan tumbuhan flora. Memang terbaiklah! Ini pun aku booked di Agoda.com dengan harga Rm157.30 semalam. Agoda tak pernah mengecewakan. Bukan iklan promote tau. Hahahaha. But kena kasi credit la.

Di Bangkok pun aku tak risau dari segi komunikasi dan cari makanan HALAL. Alhamdulillah, orang Islam di Bangkok semakin banyak dan kedai HALAL pun mudah untuk dicari. Kena pandai Google.

Kalau ke Bangkok jangan terlepas peluang untuk makanan boot noodle tau. Memang power tak macam cawangan Boot Noodle di Malaysia. Baju pun murah boleh dapat dalam sekitar 200 Bath dan ke bawah je.

Dah alang-alang jejak kaki ke Khao San tu kena la pergi Wat Arun dan Wat Pho. Dua jenis Wat ini antara tarikan menarik buat pelancong setiap kali ke Bangkok. Time senja lagi cantik, boleh lihat keindahan matahari terbenam disebalik konkrit Wat Arun ini.

Jika anda pakai seluar pendek atau skirt, singlet ke, kena la sewa kain untuk tutup aurat tu. Hehehe. Bukannya apa, kita kena hormat agama orang lain juga. Nak masuk tempat suci agama diaorang kan.

Sebelah malam pula, kami ambil keputusan untuk ke Khao San. Lorong ini penuh dengan bar & restaurant. Nak makan cengkerik, lipas, kala jengking pun boleh. Macam aku makan. Sedap… (tonton di Youtube). Nervous jugaklah! Massage kaki, badan di sini murah je sekitar 150 Bath – 500 Bath.

Apa yang best di Bangkok?

Sisi gelap di kota Bangkok

Lepas round Khao San tu, member aku si Nazirul ni ajak ke Sukhumvit nak cuci mata. (Search sendiri ada apa kat sini). Hahahaha… Time nil ah feeling-feeling macam Ustaz Adam dalam drama Nur. Bersama perempuan lorong.

First time aku tengok pondan cantik-cantik. Tak kantoi pun. Lebih cantik dari Sajat atau Safiey tu dan tak gedik.
Habis ‘urusan’ kat sini, kami ke Ratchada Market pula. Nak tengok apa yang boleh dibeli untuk habiskan duit Bath. Balik semula ke guesthouse dalam 12 tengah malam.

Dapat rehat dalam 1-3 jam sahaja sebelum check out dan terus ke airport. Kami terpaksa check out 3 pagi dan tak jumpa pun owner situ. 3 pagi mesti la diaorang pun dah tidur kan. Kami hanya tinggalkan nota mengucapkan kata maaf dan berterima kasih kerana telah memberi servis yang sangat baik. Terima kasih 37 Nature House.

4 pesanan ringkas buat beginner traveller

Alhamdulillah, after 7 days kami berjaya tapau 3 negara Asia Tenggara dengan pelbagai kenangan dan pengalaman melihat tempat orang.

Cuma nak pesan di sini, first, ada setengah negara kita pergi tu sukar untuk dapatkan makanan HALAL. Terkadang tu terpaksa makan juga janji jangan was-was (ini prinsip aku). Kalau anda was-was ambil jela seafood, apa ramuan yang tukang masak letak dalam seafood tu belakang cerita.

Secondly, kena fit kan diri untuk berjalan lebih 1 -5 Km. Jadikan ini cabaran walaupun terpaksa berpeluh jatuh sembah bumi sekalipun. Nama pun traveller kan. Nak ikut Mat Salleh sangat, ambil kau!

Third, kadang terpaksa tak mandi sebab kena harungi perjalanan jauh lebih 10 jam dan tiada tandas untuk mandi. So, pandai-pandailah tukar baju dan keringkan badan. Bagi lelaki, mudah. Boleh je tukar baju di tempat umum. Kalau perempuan Islam agak sukar. Jadi, pandailah selesakan diri ye.

Fourth, pastikan rakan travel anda ada konsep ‘susah senang bersama’. Dalam soal duit, minat dan makan tak berkira. Siapa ada, dahulukan dulu. Nak pergi mana, diaorang layankan je. Give and take la… Pengangkutan Grab dikongsi bersama.
Nak tengok Vlog perjalanan mencabar ini, terus ke YouTube Amat Larbsib ye. Ada 6 part kesemuanya. Tahun depan maybe nak ke Ho Chi Min dan Kemboja pula.

Ringkasan perbelanjaan setiap negara

Booking Online
Penginapan Agoda.com
LeGia Hostel (2 malam) Rm 66.90 (Rm 22.30 seorang)
PVO Hostel (1 malam) Rm 123.00 (Rm41.00 seorang)
37 Nature House (1 malam) Rm 157.30 (Rm 52.45 seorang)

Pengangkutan
AirAsia KLIA2 – No Bai (Rm 100.30 seorang) termasuk Nasi Lemak Pak Naseer
AirAsia Don Mueang – KLIA2 (Rm181.60 seorang)

12Go Asia
Bas Hanoi – Vientiane 550,000 Dong (Rm98.30) – Scam
Bas Vientiane – Morchit, Bangkok 1,400 Bath (Rm181.00)

Perbelanjaan keseluruhan tidak termasuk Grab/ Loca
Hanoi – 2,758,000 Dong = Rm 489.60
Vientiane – 436,000 Kip = Rm 207.90
Bangkok – 1,406 Bath = Rm 182.30

Perbelanjaan Grab/ Loca
Hanoi – 489,000 = Rm 86.90
Vientiane – 244,500 Kip = Rm 116.60
Bangkok – 1,115 Bath = Rm 144.50
Nota: Tak tahu duit siapa dah, sebab masing-masing berebut nak bayar. Draft kasar jela ok.

Perlu diberi penghargaan buat Aliff Syakir Bin AzharHadiy Rahman dan Abdul Muizz sudi hantar dan ambil kami di KLIA2. YouTube Vlog Amat Larbsib ada 6 parts kesemuanya.

Sumber: Amat Larbsib

SKIP THIS AD ×