Sebelum netizen ‘berbunyi’ sengaja menayang rambut ketika menjadi muka depan sebuah majalah terkemuka tempatan, penyanyi antarabangsa, Yuna sudah memberi penjelasan sebenar.
Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Gambar FB Yuna, Minta Jangan Dedahkan Aurat – ‘Risau Makin Terbuka’
‘Itu topi berbulu, bukan rambut’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Yuna menjelaskan bahawa dia tidak menunjukkan rambut sebaliknya hanya memakai aksesori topi berbulu di atas kepala.
Itu bukan rambut saya tapi memandangkan saya sudah dapat perhatian daripada anda… Jangan berhenti berbicara soal Palestin.
Menerusi hantaran yang sama, pelantun lagu ‘Don’t Blame It On Love’ memaklumkan dia kini hanya bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan dan mereka yang sering menyatakan solidariti buat saudara Islam di Palestin.
Buat pengetahuan anda semua, ketika ini saya mengambil keputusan untuk hanya melakukan penggambaran fesyen serta bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan dan mana-mana individu yang bercakap mengenai Palestin.
Hantaran Yuna itu meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
Walau bagaimanapun, ada netizen yang tidak bersetuju penyanyi berusia 37 tahun itu mengenakan aksesori yang sedemikian.
Terdahulu, Yuna menjadi bualan ramai apabila ada segelintir netizen mendakwa penyanyi tersebut menayangkan rambutnya ketika menjadi model bagi muka depan sebuah majalah terkemuka tempatan.
Komen netizen
Sumber: Instagram Yuna