Baru-baru ini, viral video mirip pelakon Iqram Dinzly yang memakai ‘lingerie’ atau pakaian tidur wanita dengan berlatar muzik alunan selawat di akaun TikTok.
Artikel Berkaitan: Cetus Kontroversi Lagi! Iqram Dinzly Pakai ‘Lingerie’ Seksi, Buka Selawat Sebagai Muzik Latar
Itu Princess Iqy Dinzly
Memetik laporan Harian Metro, Iqram, 41, menafikan individu dalam video terbabit adalah dirinya tetapi adalah Princess Iqy Dinzly.
Katanya, video itu bertujuan untuk melihat netizen sama ada memilih untuk berselawat atau melihat perkara maksiat.
Itu bukan saya. Dia adalah Princess Iqy Dinzly. Dia berikan pilihan sama ada nak selawat atau nak saksikan ‘pelacur-pelacur bilik kaca’ dan ‘penari tiang dalam bilik kaca.
Pemilik nama Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin juga ingin menegur golongan transgender yang disifatkan semakin berani.
Satu lagi, kaum transgender semakin berleluasa dan semakin berani di media sosial. Itu satu teguran juga.
Teguran untuk wanita bertudung
Dalam pada itu, pelakon drama Hati Yang Dikhianati menasihati kaum wanita yang berhijab agar tidak berpakaian seperti telanjang terutama di bulan yang mulia ini.
Selain itu, ia juga teguran untuk wanita-wanita bertudung yang umpama berbogel dengan pakaian yang ketat.
Saya tak boleh nak cakap sebab saya tak pandai langsung menggunakan media sosial. Apa pun, ambillah kesempatan dengan kehadiran bulan Ramadan.
Tolonglah pada gambar-gambar yang menunjukkan punggung dan payudara semua terutamanya golongan pempengaruh.
Kandungan-kandungan sebegini boleh menjurus ke arah yang tidak bermoral antaranya berlaku jenayah rogol dan sebagainya. Jangan sampai rogol itu menjadi perkara biasa di Malaysia.
Sebelum ini, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan melihat keadaan kesihatan aktor itu yang makin melarat selepas tampil dengan ‘lingerie’ jarang berwarna biru sambil membuat aksi ghairah.
Sumber: Harian Metro