berita

‘Itu Reaksi Saya Ketika Dilanda Musibah..’ – Video Dianggap Tidak Senonoh, Ini Respon DBI

January 15th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak minggu lepas memang viral video terbaru ‘Malas Nak Layan’ nyanyian Dato Boy Iman. Video yang mendapat 28k tontonan serta 3K ‘dislike’ dari netizen itu teruk dihentam. Ramai yang beranggapan video itu tidak senonoh dan menjijikkan. Korang dah tengok ke belum?

Terbaru, menerusi laman Instagram milik DBI, dia memberi respon kepada segala kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya. Dia turut mengaku segala perbuatan dan percakapan di dalam video klip itu merupakan reaksinya ketika dilanda musibah.

Saya terima kritikan secara terbuka

Terima kasih kepada rakan2 media yg byk membantu saya dalam mempromosi lagu “single” saya “#malasnaklayan“. Ini dr @mediahiburanofficial. Selain dr itu oh media, siakap keli, roti kaya, utusan, sinar harian, kosmo, rtm dan media prima dan lain2 lg. Begitu juga pada “netizen” yg terbahagi kepada dua, supporters dan haters.

Setiap kritikan, kecaman, kutukan, makian, pujian, sokongan dan apa sahaja saya terima dgn hati terbuka. Apa yg saya terjemahkan melalui percakapan & perbuatan didalam mtv ini tidak lain tidak bukan utk memberi reaksi kepada apa yg netizen cakap @ buat kepada diri saya dan apa yg saya rasa sepanjang saya dilanda “musibah”.

Ramai sangat bergambar dengan saya

Saya bersyukur apa yg Allah susun & atur utk hidup saya, baik & buruk saya terima & redha. Dia sebaik-baik perancang. Terima kasih jua kepada orang2 di jb yg sudi bergambar dengan saya apabila berjumpa. Ramai sgt. Tanpa anda semua siapalah saya sebagai selebriti.

#boyiman
#dbi
#datoboyiman
#datodrboyiman
#dbientertainment
#dbientertainmentsdnbhd
#jutawanviral
#dbirians

Sumber : Dbi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×