berita

Itu Video Lama, Bukan ABPBH – Kontroversi Fesyen Seksi Di Karpet Merah, Ini Penjelasan Izara Aishah

May 16th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam, viral satu video Izara Aishah di karpet merah yang dakwanya di majlis ABPBH. Video yang berdurasi 5 saat itu menarik perhatian netizen yang rata-rata mengecam pemakaian Izara Aishah itu yang keterlaluan seksi.

Menjawab spekulasi tersebut, Izara telah memuat naik turun satu gambar berserta caption memohon maaf kepada peminat. Izara turut memberitahu videonya itu adalah video lama dan tersebar sejak dia dan Adib ingin merancang perkahwinan mereka tahun ni. Semoga tabah Izara.

Video lama

Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua.

Ever since then(maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi. Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul. Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua.

Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum.

Be strong

Sumber : Izara Aishah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×