berita

‘Itulah Ciuman & Usapan Terakhir Dia Untuk Ayah’ – Dapat Job Majlis Pengebumian, Jurugambar Kongsi Pengalaman

November 21st, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bekerja sebagai seorang jurugambar bukanlah mudah seperti yang disangka. Pelbagai ragam yang perlu dihadapi jurugambar demi memuaskan hati pelanggan masing-masing. Mesti ada je peristiwa pahit dan manis yang akan diingati selamanya.

Memetik laporan Harian Metro, jurugambar Zaed Hosni berkongsi pengalaman merakam majlis pengebumian yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Walaupun pada awalnya sedikit kekok, Zaed menjelaskan keluarga tetap mahukan gambar diambil.

Tetamu pelik saya bawa kamera

Menceritakan pengalaman kepada Beautifulnara, Zaed menerima panggilan untuk merakamkan majlis pengebumian daripada bekas pelanggan. Dia diminta datang ke rumah keesokan hari untuk merakam suasana semasa jenazah berada di kediaman sebelum dibawa ke kubur. Dia pun sedikit terkejut dan berdebar untuk majlis tersebut.

Sebaik melangkah masuk ke perkarangan rumah arwah, tetamu tumpu ke arah saya.

Mereka pelik melihat saya membawa kamera serta lensa ke majlis pengebumian itu.

Ketika itu, saya mula gelisah dan segera mencari ahli keluarga arwah.

Mulanya saya pelik dan bertanya semula untuk kepastian sama ada ia majlis pengebumian atau tahlil.

Selepas dia menyatakan majlis pengebumian, terlintas ingin menolak tawaran itu namun selepas dijelaskan gambar itu sebagai kenangan untuk mereka sekeluarga dan merasai keinsafan kelak saya menerima tawaran itu.

Sampai sahaja dirumah, tidak dinafikan tetamu pelik melihat dia membawa kamera namun keluarga bertegas tetap mahukan perkara tersebut dilakukan.

Tangkap gambar dari jauh

Walaupun kekok, dia tetap menjalankan tugas semampu yang boleh. Dia mengambil sudut dari jauh dan mengelakkan tetamu mendengar petikan shutter kamera.

Sebelum ini saya hanya tangkap gambar majlis kegembiraan seperti perkahwinan, majlis rasmi dan aktiviti tertentu namun ini sebaliknya serta berkait rapat dengan emosi kesedihan.

Cabaran yang saya hadapi adalah mencari sudut sesuai mengambil gambar.

Saya tak boleh mengarahkan mereka membuat aksi tertentu selain meminta ke tepi untuk memberi laluan kepada saya.

Apabila saya menghampiri pusara arwah, bukan saja imam malah orang sekeliling turut memandang ke arah saya mungkin disebabkan bunyi kamera ketika merakam gambar itu mengganggu mereka.

Berikutan itu, saya terpaksa menangkap gambar dari jauh termasuk menggunakan lensa telefoto (jarak jauh).

Jelasnya lagi, ini merupakan pengalaman yang paling sukar dilupakan sepanjang lapan tahun bergelar jurugambar. Menurutnya, dia sendiri rasa sedih dan mendatangkan keinsafan melihat suasana sedih tersebut.

Sumber : Harian Metro , Beautifulnara

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×