berita

Izara Aishah Cerewet

August 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Izara Aishah merupakan nama yang tidak asing lagi di arena seni lakonan tanah air. Bakatnya mula dicungkil menerusi drama bersiri TV3 Vanila Coklat yang pernah ditayangkan untuk slot Lestary pada Disember tahun lalu.

Selesai sahaja berlakon dalam drama bersiri Vanila Coklat, nama Izara Aishah terus meningkat naik dan kemunculannya mula mendapat perhatian semua pihak. Selain berlakon, Izara turut dipilih menjadi duta untuk produk terkenal Cosry Purple Label, dan yang terbaru duta makanan segera, Burger King.

Izara memaklumkan kepada pihak Sinar Harian bahawa beliau merupakan seorang yang cerewat dalam bab untuk menerima tawaran sebagai duta, dan beliau hanya memilih produk tertentu sahaja.

“Saya memang cerewet dalam bab ini dan hanya memilih produk yang boleh membantu karier saya. Selain itu, saya juga akan meneliti terlebih dahulu tugas saya sebagai duta dan pasaran sesebuah produk,” ujar Izara Aishah.

Izara turut mengaku, dengan penglibatan beliau sebagai duta untuk sesuatu produk, secara tidak langsung ia dapat mendekatkan dirinya kepada peminat-peminat.

SKIP THIS AD ×