Di Instagram, pelakon Izara Aishah mengumumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal melahirkan anak kedua itu pada bulan Oktober depan. Tahniah!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rasa Macam Tengah Menyelam’ – Netizen Terhibur Dengan ‘Content’ Masak Izara Aishah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Izara Aishah Beri Tips Dalam Kekal Istiqamah – ‘Bila Pakai Tudung Pahala Dia Tu…’
Bersalin bulan depan
Izara, 33, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa keping foto menampakkan baby bump pada bahagian perutnya.
Saya ingin beritahu, saya akan bersalin bulan depan.
Menerusi pemerhatian OhBulan! pelakon ‘Pilot Cafe’ ini dilihat menutup ruangan komen di akaun miliknya itu.
Sebelum ini, netizen pernah mendakwa Izara sedang sarat mengandung. Ini kerana, mereka melihat foto yang dikongsikan oleh Tya Ariffin ketika seluruh ahli keluarga pergi bercuti bersama dan menghadiri majlis ilmu Ustaz Wadi Annuar.
Sumber: Izara