berita

Izreen Azminda & Amar Baharin Masih Lagi Dalam Friendzone

December 1st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

izreen azminda & amar baharin

Sekitar 2 minggu lalu, tindakan pelakon cantik ini memadam foto Amar Baharin di laman Instagramnya mencetuskan tanda tanya di kalangan peminatnya.

Dek kerana itu, timbul pula kontroversi bahawa bibit-bibit percintaan yang didakwa mula timbul antara mereka sudah pun berakhir.

Namun, baru-baru ini Izreen memuatnaik sekeping fotonya bersama Amar dan menjelaskan situasi sebenar berkenaan perhubungan mereka.

izreen azminda & amar

“Okay kepada korang yg membuat andaian n spekulasi mcm2 tu..jgn risau..tiada apa2 yg berlaku diantara kami berdua..kitaorg masih berkawan baik..en pot pet pot pet ni tetap sahabat baik saya smpi bila2..

cuma saya minta..jgn mengharapkan apa2 yg lebih dari kami berdua..beri kami berdua ruang utk bekarya dlm kerjaya masing2..doa itu sememangnya sesuatu yg bagus dan baik..saya menghargainya..yg lainnya..kita serahkan kepada Tuhan utk menentukan..teruskan support izreen dan amar kay…love! “

Rasanya dah cukup jelas penjelasan yang dibuat oleh Izreen. Maknanya, desas-desus bahawa hubungan mereka bermasalah adalah tidak benar sama sekali.

Jadi, sebagai peminat setia mereka, sama-samalah kita mendoakan agar hubungan mereka akan baik-baik sahaja. Kalau ada jodoh tak kemana.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×