Berkahwin pada Ogos tahun lalu, Izreen Azminda mengumumkan kini sedang hamil tiga bulan. Berita gembira itu dimuatnaik menerusi sekeping gambar ultrasound di Instagram. Suami, Ude Wahid turut mengucapkan syukur dengan rezeki tahun 2019 itu.
Melalui Harian Metro, Izreen memberitahu dia kini mengalami alahan teruk berbanding kehamilan pertama enam tahun lalu.
Izreen Azminda hamil 3 bulan
View this post on Instagram
Alhamdulillah.. rezeki 2019.. ? doakan smg mama n baby sht slalu.. Aminn.. [email protected]
Tambah Izreen lagi, dia terpaksa menolak beberapa tawaran drama dek kerana keadaan kesihatannya sekarang.
Alhamdulillah, ini rezeki buat saya dan suami. Selepas lebih setahun berkahwin, Allah SWT berikan nikmat ini pula. Insya-Allah, saya dijangka bersalin Julai ini.
Cuma, kehamilan kali ini tak macam yang pertama. Saya kena alahan teruk hingga tidak boleh langsung buat kerja berat. Jika tidak, saya akan mudah berlaku pendarahan.
Selepas peringkat pertama kehamilan, saya sudah okay sikit. Setiap hari saya berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan hingga bersalin nanti. Saya juga berharap anda doakan yang baik-baik untuk saya.
Alahan teruk
Menurutnya lagi, dia kena alahan teruk sehingga langsung tidak boleh membuat kerja berat. Dia turut menolak dakwaan tidak lagi menerima tawaran berlakon selepas berkahwin.
Sejak Oktober lagi saya sudah terima banyak tawaran berlakon drama. Cuma, saya terpaksa tolak cara baik selepas tahu saya hamil.
Ditambah pula dengan keadaan dan kesihatan yang tidak menentu ketika itu sukar untuk saya memberikan sepenuh komitmen. Saya tak nak menyusahkan kru dan pelakon lain. Ketika kehamilan pertama, saya sangat aktif.
Apa pun, saya nak berterima kasih kepada penerbit dan stesen TV yang masih percayakan bakat saya. Jadi, dakwaan saya tidak ada tawaran berlakon seperti dilaporkan baru-baru ini adalah tidak benar. Saya tak nak beritahu perkara sebenar sebab usia kandungan masih awal.
Izreen memberitahu tidak kisah mengenai jantina anak asalkan kandungan sihat dan sempurna.
Saya dan suami tidak kisah mengenai jantina anak. Asal saja, bayi yang bakal lahir sempurna dan sihat.
Saya sentiasa percaya kepada ketentuan dan rezeki Allah. Pada tahap sekarang, saya tidak mahu lagi ambil peduli cakap-cakap orang.
Apa yang penting, saya ada suami dan kedua belah keluarga yang sentiasa menyokong. Malah, fokus saya juga pada mereka dan membesarkan anak-anak.
Insya-Allah, kalau kesihatan saya mengizinkan mungkin boleh berlakon telefilem dulu. Sebab ia tak ambil masa panjang. Selepas itu, kena tunggu hingga habis bersalin dan berpantang.
Rasa sangat bersyukur dengan rezeki Allah, Izreen berkata tidak mahu lagi mengambil pusing cakap-cakap orang. Buat masa sekarang dia memilih untuk fokus kepada keluarga.
Sumber : Harian Metro , Izreen Azminda , Ude Wahid