berita

Izzue Islam Diselar Netizens Kerana Sikap Tidak Sensitif Mengenai Insiden MH17?

July 18th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-18 at 11.58.14 AM

Di saat semua orang masih lagi terkejut mengenai insiden MH17, ada juga rupanya insan yang seakan-akan tidak sensitif dan menimbulkan sentimen yang boleh menghuru-harakan keadaan.

Mana taknya, seawal jam 6 pagi tadi kami menerima emel beserta screenshot bahawa pelakon kacak, Izzue Islam didakwa telah menimbulkan kemarahan netizens mengenai status di laman sosialnya yang berkaitan dengan MH17.

Hairan juga kami kerana mustahil Izzue akan bersikap sedemikian bukan? Jadi, kami pun terus menyiasat kebenaran dakwaan tersebut.

izzue islam 2

Antara kritikan yang diterima oleh Izzue Islam

Status yang dimuat naik menerusi akaun IzzueIslamMY kira-kira 5 jam yang lalu itu mencadangkan supaya syarikat penerbangan tidak lagi menghidangkan minuman keras dan meminta agar pramugari menjaga aurat.

Namun selepas diselidik lebih lanjut, rupa-rupanya akaun tersebut merupakan akaun palsu. Untuk makluman anda semua, akaun Twitter original Izzue Islam ialah IzzueIslam.

Screen Shot 2014-07-18 at 12.13.00 PM

Akaun Twitter original Izzue Islam

Ha…kan dah tak pasal-pasal Izzue jadi mangsa kritikan. Jadi lepas ni, semua peminat perlu lebih alert dengan akaun palsu selebriti ya. Jangan salah hentam lagi. So, dah boleh report akaun palsu itu ramai-ramai ya lepas ni!

Apapun, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa tragedi MH17. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×