Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn, 72, sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, Selangor sejak 1 Oktober lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hanya Dia Yang Mahu Duet Dengan Saya, Lain Pandang Serong’ – Jaafar Onn
Artikel Berkaitan: 30 Tahun Berlalu, Jaafar Onn Impi Adanya Sambungan Sitkom ‘Cili Padi’
Tidak berdepan penyakit serius
Memetik laporan Harian Metro, Jaafar atau nama sebenar Jaafar Onn Awang, bersyukur kerana tidak berdepan dengan sebarang penyakit yang serius selepas melakukan pemeriksaan lanjut.
Saya sudah ditahan wad hampir dua minggu selepas mengalami sesak nafas. Alhamdulillah tiada masalah serius pun, cuma saya diminta untuk kekal berada di hospital bagi melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan.
Doktor ingin memantau tahap oksigen, keadaan jantung, darah tinggi dan gula dalam darah. Saya bersyukur semuanya berada dalam keadaan normal dan keadaan kesihatan saya pun bertambah baik.
Pelakon drama ‘Chef Jo’ turut mengingatkan kepada golongan yang seusia sepertinya untuk mendapatkan rawatan segera jika tidak sihat.
Jangan berlengah untuk pergi ke hospital sebab nanti keadaan akan bertambah teruk. Jangan takut untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Lebih baik jumpa doktor supaya hati kita lebih tenang dan tahu punca penyakit yang dihidapi. Kalau tak sihat, macam-macam yang kita fikir.
Sumber: Harian Metro