Sama ada ianya satu ugutan yang serius mahupun sekadar berlawak jenaka, ternyata 2 buah video dirakam oleh Anak Muda Anti Demokrasi (AMAD) berjaya menarik perhatian umum.
Bukan hanya dek kerana ugutan yang dilakukan mereka, tetapi foto Nora Danish dan Jaafar Onn yang diekploitasi dalam kedua-dua buah video tersebut turut mengundang tanda tanya.
Bagaimanapun, tidak seperti reaksi Nora Danish beberapa hari lalu, Jaafar Onn nampak lebih cool menghadapi situasi ini dan menyatakan bahawa dia tidak gentar dengan ugutan AMAD.
1. Anggap Ugutan Sebagai Permainan
“Itu permainan mereka dan rasanya tidak perlu saya layan dengan membuat laporan polis kerana ia membuang masa.”
2. Mereka Bukan Orang Yang Berani
“Mereka juga bukanlah orang yang berani kerana muka sendiri pun berselindung disebalik topeng.”
3. Saya Tak Lakukan Sebarang Kesalahan
“Allah ada bersama saya. Buat apa saya hendak takut, lagipun saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau berdendam dengan sesiapa.”