Sekadar gambar hiasan
Depresi atau kemurungan merupakan gangguan mental yang sangat bahaya hingga memberi kesan negatif kepada perasaan, pemikiran dan tingkah laku seseorang. Namun, tiada siapa tahu kesengsaraan yang ditanggung oleh mereka yang mengalaminya.
‘Apa yang dirasai adalah benar’
Baru-baru ini, seorang pakar psikiatri iaitu Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak ada berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh ibu kepada individu yang menghidap masalah kemurungan atau depresi dipercayai akibat dibuli.
Menerusi perkongsian di Facebook, Dr. Nurul Syuhaida ada memuat naik beberapa lukisan misteri yang dipercayai dilukis sendiri oleh pesakit. Kelihatan lukisan-lukisan itu memaparkan beberapa imej yang menyerupai makhluk aneh dan menyeramkan.
Penyakit anak saya ni real ke doktor?”
“Ya,”
“Selama ini saya hanya tengok di TV, tak sangka anak saya alaminya. Dia memang dah bukan dia yang dulu. Ada orang kata ni buatan orang, ada yang kata mengada-ngada. Saya tak percaya. Memang ini real kan doktor?”
“Ya puan, apa yang dialami, apa yang dirasai adalah benar. Dia bukan berpura-pura atau mengada-ngada. Ini halusinasi dan dia sudah lama bertahan, hingga halusinasi ini sudah mula “mengkomsusi” dirinya,”
Susulan daripada itu, Dr. Nurul Syuhaida menasihati si ibu pesakit supaya sentiasa memberi sokongan kepada anaknya supaya dia tahu ada insan yang sentiasa ada di sisinya di saat susah dan senang.
Lukisan individu depresi
Berdasarkan pemahaman, lukisan tersebut menunjukkan pesakit seolah-olah dibelenggu dengan pelbagai masalah sehingga membuatkan dirinya tertekan.
Gambaran seperti sedang ‘overthinking’
Sumber: Dr Nurul Syuhaida Abdul Razak