DJ terkenal kelahiran Korea Selatan, Hwang So-Hee atau lebih dikenali dengan nama DJ Soda mendakwa dirinya menerima gangguan seksual ketika melakukan persembahan Music Circus Festival yang diadakan di Osaka, Jepun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kenapa Seksi Sangat?’ – Netizen Tegur Cara Pemakaian Yuna Rahim
Dada disentuh beberapa kali
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, DJ Soda berkongsi beberapa gambar memaparkan dadanya disentuh dan dipegang oleh beberapa orang peminat yang hadir ke festival berkenaan.
Menurut DJ Soda, dia begitu terkejut dengan kejadian yang berlaku itu sehingga mendatangkan trauma dalam dirinya.
Bukan itu sahaja, dia meluahkan bahawa dia terasa dirinya begitu hina kerana diperlakukan sedemikian.
Saya baru sahaja selesai melakukan persembahan di Festival Circus Muzik Osaka, Jepun dan saya sangat terkejut dan takut dengan apa yang berlaku.
Pada ketika itu, ramai yang mengambil kesempatan dengan secara tiba-tiba menyentuh dada saya namun, saya tidak berdaya sama sekali untuk melawan gangguan tersebut.
Saya berasa sangat terkejut dan takut, tetapi masih ada peminat yang ingin mendekati saya jadi saya cuba yang terbaik untuk menyelesaikannya tanpa gangguan.
Saya berasa sangat malu dan hina dengan kejadian ini. Ia sedikit sebanyak akan membuatkan saya sukar untuk mendekati peminat di pentas selepas ini.
Namun begitu, ramai di kalangan netizen yang menuding jari menyalahkan DJ Soda kerana tampil dengan imej seksi sewaktu festival tersebut.
‘Saya berhak pakai apa sahaja’
View this post on Instagram
Tidak berdiam diri, DJ Soda tampil mempertahankan dirinya menerusi satu lagi hantaran di Instagram (IG).
Menurutnya, isu pakaian yang dikenakannya sama sekali tidak berkaitan dengan gangguan seksual tersebut dan itu bukanlah alasan untuk seseorang itu melakukan perbuatan tersebut kepadanya.
Tak kisahlah apa jenis pakaian pun yang saya pakai, gangguan seksual adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Anda tidak mempunyai hak untuk menyentuh saya atau mengganggu saya secara seksual walaupun saya memakai pakaian yang mendedahkan.
Pakaian yang saya pakai bukan tiket untuk anda melihat serta menyentuh tubuh badan saya sesuka hati. Apa yang saya pakai adalah untuk kepuasan diri saya.
Saya mempunyai kebebasan untuk memakai apa yang saya mahu pakai dan tiada siapa boleh menilai orang dengan cara kita berpakaian.
Posting DJ Soda
View this post on Instagram
Sumber: Instagram