berita

Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Greece, Wanita Ini Kongsi Pengalaman

March 11th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Greece merupakan sebuah Negara yang terletak dibahagian selatan timur Eropah dan sangat popular dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik. Tumpuan utama pelancong yang datang atas faktor berbulan madu biasanya pasti akan ke Santorini kerana pemandangan yang cantik dan sesuai untuk aktiviti romantic suami isteri.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial (Ungku S.) berkongsi pengalamannya menjadi mangsa penyeluk saku di Greece dan bagaimana sukarnya proses untuk pulang ke Malaysia.

‘Asyik menahan nangis, punyalah nak balik MY kemain susah’

Perkongsian Ungku S ini mendapat ulang kicau (retweet) sebanyak 2,958 dan 2,051 tanda suka sejak ia dimuatnaik semalam.

‘Ada orang langgar sebab kawasan tu memang sibuk..’

Pada hari pertama di Greece mereka berjalan-jalan dikawasan sekitar hotel selepas check-in dan dalam kesibukan pelancong yang ramai mereka telah menjadi mangsa penyeluk saku.

‘Kami jalan kaki hampir sepuluh blok..’

Dia akui apabila sedar mereka telah menjadi mangsa penyeluk saku perasaan takut mula menerjah diri. Tindakan pertama yang dilakukan adalah pulang semula ke hotel dan meminta penyambut tetamu membuat panggilan ke Bank untuk deactivated semua kad yang ada.

‘Kena hantar report ke kedutaan Malaysia dekat Bucharest’

Ungku S. dan suami perlu berjalan ke pejabat consulate yang terletak jauh di luar bandar dan untuk mendapatkan kad sementara mereka perlu menunggu 2-3 hari lagi.

‘Dahla duit poket lesap, kena bayar lagi €350..’

Mereka perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan kad sementara dan ianya boleh digunakan untuk travel sekitar Greece.

‘Seseorang sedang memerhati..’

Sekali lagi mereka sedar ada seseorang yang memerhati, namun mereka lebih berhati-hati pada kali ini. Lesson learned!

‘Jantung saya macam nak pecah masa tu..’

Sekali lagi mereka hampir menjadi mangsa penyeluk saku, dan agak paranoid selepas mengalami perkara tersebut beberapa kali.

‘Santorini sangat cantik dan lebih selamat’

Sementara menunggu update dari pihak kedutaan mereka mengambil peluang untuk berjalan di Santorini. Tiket pulang adalah pada 7 Mac namun tiada sebarang berita tentang travel document yang dikemukakan.

‘Memang bertaruh pada sekeping kertas je’

Akhirnya Ungku S. menceritakan lagi bahawa dokumen telah siap pada 7 Mac dan memilih untuk naik kapal terbang dari Santorini ke Athens.

‘Dokumen yang diperoleh masih sekeping kertas’

‘Tak bagi check-in sebab tak ada bukti turun di Malaysia’

Pihak yang airlines tidak membenarkan untuk naik flight tersebut kerana tiket yang dibeli terus ke Singapura dan mereka terpaksa beli tiket baru terus ke KLIA.

‘Terpaksa beli tiket €125 seorang..’

Banyak duit yang dihabiskan untuk perjalanan ini dan setiap kali pemeriksaan dijalankan keatas suaminya pasti memakan masa sehingga 20 minit.

Luggages stranded di Istanbul dan diisytihar sebagai unauthorised bags’

Masalah mereka seakan bertimpa-timpa apabila sudah sampai di Malaysia namun beg masih tersangkut di Istanbul dan perlu membuat laporan pula di bahagian lost and found.

‘Nak pergi tandas pun kena escort..’

Ungku S. menceritakan tentang checkpoint di Woodlands yang tegas dan memakan masa yang agak lama untuk pemeriksaan.

‘Tolong jaga passport sebaik mungkin’

Sebelum mengakhiri threadnya di twitter tersebut sempat dia memberi pesanan agar menjaga sebaik mungkin passport masing-masing ketika bercuti.

Credit: Ungku S.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×