Baru-baru ini, bakal isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa gembira apabila selesai mengambil kursus perkahwinan sebagai salah satu persiapan menjelang hari bahagia mereka tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Watie Titip Ucapan Birthday Untuk Anak Shuib -‘Terima Kasih Pilih Aunty Jadi Mummy Awak’
Artikel Berkaitan: Watie Pernah Menangis Baca Komen ‘Jahat’ Netizen – ‘Shuib Banyak Pujuk, Tenangkan …’
Peserta tertua
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Watie yang juga seorang usahawan mendedahkan, ketika menjalani kursus perkahwinan tersebut, dia merupakan peserta yang paling tua berbanding peserta-peserta yang lain.
Menurut Watie, dia akui sedikit lewat untuk mendirikan rumah tangga apatah lagi dengan usianya yang kini sudah pun mencecah 35 tahun, namun percaya segala yang berlaku merupakan takdir Tuhan.
Peserta tertua, tidak apa lah. Kata orang yang lambat itu selalunya sebab Allah nak bagi yang terbaik dan paling tepat.
Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat.. eh!
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram Stories (IG Story) pula, Watie turut berkongsi sijil kurus perkahwinan yang telah dimilikinya.
Jelasnya, dia akui teruja untuk mendirikan mahligai bersama ayah kepada empat cahaya mata itu.
Yeay, dah boleh kahwin kan ini.
Terdahulu, Shuib dan Watie selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman Watie di Shah Alam, 6 Mei lalu.
Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun depan.
Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011.
Namun, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada Ogos 2021 disebabkan Covid-19.
Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, serta Ayash Affan berusia setahun lima bulan.
Sumber: Instagram