Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang bapa yang didakwa membelikan anak-anaknya daging babi serta beberapa barang keperluan dapur yang lain.
Nampak macam daging babi
Sorang ibu yang dikenali sebagai Cekta Hermosa memberitahu anak-anaknya berasa was-was dengan rupa fizikal daging mentah yang dibeli oleh bekas suaminya itu.
Anak-anak mesej papa depa (bekas suami aku) suruh beli lauk. Memang dia kadang-kadang hantar makan dekat anak kalau anak minta apa-apa. Cekta pun tak ada tengok dan tak check apa yang barang basah dia hantar dekat anak. Cekta tak ada dekat rumah.
Hari anak nak masak Cekta tak ada dekat rumah. Anak cemas call Cekta tanya bab daging. Pelik juga Cekta datang mana daging sebab Cekta tak ada beli daging simpan dekat rumah. So, papa dia beli hantar.
Wanita ini kemudian meminta anak-anaknya menghantar gambar daging tersebut dan selepas bertanya kepada beberapa kenalan Cina, mereka memberitahu bahawa daging tersebut adalah daging babi. Apabila anak-anak bertanya kepada bapa mereka, lelaki itu menjawab dia membeli daging tersebut dari penjual melayu di pasar.
Papa depa maki hamun depa 3 beradik sebab beritahu Cekta. Dia kata anak-anak bodoh, tuduh kata tu daging babi. Katanya daging tu pucat sebab tu warna lain, bau pun lain.
Dia nak buh penampar anak-anak, kata nak pijak (sebab geram). Katanya sebab anak-anak duduk dengan mama, habis semua anak-anak jadi bodoh (tiap salah yang dia buat aku pula yang dia tuding sedangkan aku tak tahu apa-apa dan tak ambil tahu apa-apa bab dia)
Tak pasti daging dibeli di mana
Ujarnya, dia tidak tahu ingin menyalahkan siapa, namun meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk membuat operasi bagi menyiasat kesahihan di sebalik isu tersebut.
Hafizi Rahman anak kepada owner daging dah pun berhubung cekta, dan Cekta dimaklumkan bahawa di market permatang pauh ada 2 peniaga melayu yang menjual daging dan ayah kepada Hafizi Rahman adalah satu-satunya peniaga melayu yang menjual daging gantung.
Dia beritahu Cekta bahawa daging babi yang viral tu bukan dari kedai daging halal market Permatang Pauh milik ayahnya. Jadi tak pasti daging dibeli dari mana. Ikut apa yang bekas suami kata, dari “penjual melayu market Permatang Pauh ” hanyalah tipu.
Susulan daripada itu, Cekta tampil membuat permohonan maaf kepada peniaga Melayu yang menjual daging di pasar Permatang Pauh kerana telah menimbulkan salah faham berhubung isu tular ini.
Sumber: Cekta Hermosa