berita

Jadual Ceramah ‘Terganggu’ Sepanjang PKP, Ustaz Hanafi Jadi Penghantar Makanan

July 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending


Setiap manusia di muka bumi ini tidak dapat lari daripada ditimpa ujian hidup. Begitulah nasib yang dialami pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek selepas didiagnosis kanser limfoma pada Januari 2017 yang lalu.

Nama Ustaz Hanafi sekali lagi menjadi perhatian selepas gambarnya berkhidmat sebagai rider makanan viral di media sosial.

Pengorbanan seorang bapa

Ustaz Hanafi menerusi akaun Facebooknya ada berkongsi beberapa foto yang memaparkan beliau sedang menaiki motosikal jenis Honda Repsol sambil menggalas sebuah beg Grab. Dalam kapsyen tersebut, beliau menyatakan bahawa dia tidak kisah sekiranya bersusah payah demi anak-anak dan apa yang paling penting apabila melihat mereka tersenyum indah.

Janji halal. Bismillah. Ayah tak kisah susah, janji anak-anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakal #kanserfighter.

Mula masa PKP

Menerusi laporan Harian Metro, beliau mula giat bekerja sebagai penghantar makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu. Tambahnya lagi, dia terfikir untuk melakukan kerja itu selepas aktiviti ceramah dan program motivasi terpaksa dihentikan sepanjang PKP.

Saya mendapat tawaran daripada rakan yang ada restoran, mereka minta saya hantarkan makanan. Jadi saya pusinglah satu Kuala Lumpur. Setiap hari kawasan saya ialah antara Gombak ke sekitar Kuala Lumpur.

‘Sedihnya’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Ustaz Hanafi sebagai seorang bapa dan insan yang sangat tabah. Mereka turut mendoakan agar beliau sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan dan disembuhkan dari segala penyakit.

Sumber: Ustaz Hanafi, Harian Metro

SKIP THIS AD ×