berita

Jaga Dia Tau – Faye Kusairi Mengaku Bercinta Dengan Azmi Hatta, Ini Sindiran Elly Mazlein?

October 6th, 2016 | by Shafika
Isu & Kontroversi

elllyy12
Pagi ini nama pelakon Faye Kusairi menjadi bualan hangat netizen apabila beliau mengaku sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama bekas suami penyanyi Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta. Namun, Faye memberitahu beliau bukanlah punca rumah tangga Elly dan Azmi retak.

Susulan pengakuan Faye itu, Elly menerusi akaun Instagramnya telah memberikan responnya dengan memuat naik turun gambar anaknya beserta satu ‘caption’ yang seolah menyindir. Hmmm

Berkawan rapat selepas 2 bulan penceraian

faye-1

Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka.

Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya.

Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang.

Menurut Faye Kusairi dia mula rapat dengan Azmi selepas 2 bulan penceraian. Dia juga meminta Azmi menunjukkan bukti penceraiannya bersama Elly Mazlein

‘Terima kasih kakak Faye Kusairi’faye

Elly memuat naik turun gambar sejurus mendapat tahu perkhabaran berita bahawa mereka berdua ‘sah’ bercinta.

Bahayanya fitnahigelly1

Beberapa hari lepas,  ada satu foto yang dimuat naik Elly berkaitan bahaya fitnah nampaknya mempunyai persamaan dengan foto yang dimuat naik Faye beberapa hari sebelum itu. Walaubagaimanapun, Elly menafikan khabar angin yang beliau seakan menyindir Faye.

igelly1

Saya tak pernah membuka mahupun mengikuti perkembangannya di Instagram. Jadi, tak mungkin saya meniru atau menyindirnya.

Salah faham Elly Mazlein dan Faye Kusairi masih berterusan tanpa noktah. Masing-masing  mempunyai isu tersendiri. Apa-apa pun, kita tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak kerana hanya mereka sahaja yang tahu kebenarannya.

Sumber : iamellymazlein ,mstar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×