berita

‘Jaga Hati Ummi Elok-Elok’ – Bekas Isteri PU Abu Selamat Bersalin Bayi Lelaki

June 11th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Selepas bermacam-macam dugaan yang ditempuhi, akhirnya bekas isteri kepada pendakwah bebas PU Abu Sufyan, Ain Afini, selamat melahirkan cahaya mata mereka. Menerusi Instagram PU Abu, dia meluahkan rasa syukur kerana bekas isteri dan bayi lelakinya itu berada dalam keadaan yang sihat.

Selain meluahkan rasa syukur, PU Abu juga meninggalkan ucapan buat putera sulungnya itu. Ternyata ucapan yang ditinggalkan itu mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada netizen.

Ayah banyak buat salah

https://www.instagram.com/p/BykD207pkGk/

Menerusi Instagram, PU Abu memberitahu bahawa anak lelakinya itu selamat dilahirkan pada tanggal 7 Jun yang lalu. Menurutnya, dia sentiasa mendoakan puteranya itu menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama. Selain itu, dia juga memohon maaf setelah banyak melakukan kesalahan ketika bayi tersebut berada dalam kandungan. Tambahnya, dia juga berterima kasih buat bekas isteri kerana melahirkan zuriat yang hebat buat dirinya.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat PU Abu dan bekas isterinya. Mereka mendoakan PU Abu dapat menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya kerana anak tersebut merupakan amanah yang diberikan Allah buat dirinya. Walaupun mereka tidak tinggal sebumbung, harapan netizen supaya PU Abu memberi perhatian dan kasih sayang buat bayi tersebut amatlah tinggi.

Sumber: Pu Abu

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×