berita

‘Jaga Jebat Elok-Elok Na’ – Sharnaaz Ahmad

March 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, bekas isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran hari ini.

Artikel berkaitan: Noor Nabila Kahwin, Sharnaaz Muat Naik Lagu ‘Waiting In Vain’ Di IG

Artikel berkaitan:Ingat Neelofa Kahwin, Rupanya Kakak Naik Pelamin Dulu’ – Netizen

Terbaru, Sharnaaz memuat naik satu posting di Instagram dan mengucapkan tahniah buat Nabila dan suami.

Jaga Jebat

Selamat pengantin baru Nabila dan Emran. Semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga jebat elok-elok naa.

Selain memberi ucapan ‘Selamat pengantin baru’, Sharnaaz turut mendoakan bekas isterinya dan Engku Emran berbahagia sehingga ke anak cucu. Di samping itu, Sharnaaz turut berharap pasangan tersebut dapat menjaga Jebat Jayden dengan baik.

Itu hak Nabila

Sebelum ini, Sharnaaz dipercayai enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang melibatkan bekas isterinya. Jelasnya, itu adalah hak Nabila dan lebih baik sekiranya dia tidak masuk campur. Sharnaaz juga dilihat tenang dan sempat berkongsi lagu kegemaran ramai, Waiting In Vain nyanyian Bob Marley di akaun Instagramnya.

Lagu yang sangat menyentuh jiwa itu didakwa menggambarkan perasaan Sharnaaz pada waktu ini. Lebih-lebih lagi bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu tersebut.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×