berita

Jahitan Pernah Terbuka Masa Mandi, Shima Anuar Kongsi Pengalaman 2 Kali Bersalin Czer

September 6th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Melahirkan bayi melalui kaedah normal merupakan impian setiap ibu berbanding kaedah caesarean (czer). Maklumlah, kesakitan kaedah tersebut akan lebih dirasai dan meninggalkan kesan yang agak lama buat para ibu. Sudah pasti segala pergerakan dan aktiviti harian menjadi terbatas, malah hendak terbersin pun sangat menyakitkan!

Menerusi Instagram Shima Anuar, pelakon tersebut berkongsi pengalaman dirinya menjalani proses bersalin secara czer sebanyak dua kali. Sumpah ngeri!

Air mata non-stop

https://www.instagram.com/p/B1_Btp1gHTg/

Menurut Shima, walaupun wajahnya kelihatan tenang ketika di bilik bersalin, dia mengakui bahawa perasaanya pada ketika itu sangatlah takut, kerana memikirkan kata-kata orang bahawa czer kali kedua lebih teruk daripada yang pertama. Di samping itu, dia pernah merasai kesakitan ketika bersalin anak pertamanya.

Tambahnya, seminggu selepas bersalin, jahitan di bahagian perutnya sedikit terbuka ketika sedang mandi. Darah seakan mengalir keluar daripada luka jahitan tersebut. Hal itu telah menambahkan lagi perasaan takut buat dirinya ketika hendak bersalin anak kedua. Pada masa yang sama, Shima turut berkongsi tips di mana para ibu yang bersalin secara czer, perlu menggunakan pengering supaya kawasan luka bersalin sentiasa kering.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika bersalin menggunakan kaedah czer. Lebih menyedihkan, seorang netizen berkongsi pengalamannya sebanyak 3 kali terpaksa berhadapan dengan kaedah tersebut ketika bersalin. Sakit yang ditanggung ternyata diri sendiri sahaja yang tahu menurutnya.

Sumber: Shima Anuar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×