berita

‘Saya Tunggu, Dia Tak Datang..’ – Gagal Hadir Ke Mahkamah, Sajat Dikenakan Waran Tangkap

February 23rd, 2021 | by Shira
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh beberapa video di media sosial memaparkan usahawan kosmetik, Nur Sajat didakwa telah digari dan ditahan kerana berpakaian seperti wanita ketika menghadiri satu majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat pada 23 Februari 2018 lalu.

Artikel Berkaitan: Video Kena Gari Tersebar, Sajat Ditahan?

Artikel Berkaitan: JAIS Respon Dakwaan Sajat Digari, Dikasari Ketika Soal Siasat

Terbaru, Sajat dikatakan gagal menghadiri sebutan semula pertuduhan berhubung isu berpakaian wanita yang telah ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.

Sajat tak datang makhamah

Memetik laporan Harian Metro, berikutan daripada kegagalan usahawan kosmetik itu hadir ke mahkamah, Hakim Syarie Mohammad Khalid [email protected] telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Dia (Sajat) dimaklumkan tidak datang dan hakim mengeluarkan waran tangkap.

Sementara itu, Zuri Zabuddin yang merupakan peguam syarie mewakili usahawan kosmetik ini memaklumkan bahawa Nur Sajat sepatutnya menghadiri prosiding pada hari ini tetapi dia langsung tidak kelihatan. Oleh itu, pihak mahkamah telah menangguhkan sebutan semula kes ini pada 1 Jun 2021 dan Nur Sajat diwajibkan hadir.

Saya tunggu juga, tapi dia tak datang. Mahkamah tangguh sebutan semula kes pada 1 Jun depan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Nur Sajat sebelum ini diberikan ikat jamin RM3,000 untuk sebutan semula hari ini.

Sumber: Harian Metro, Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×