Sebelum ini, seorang usahawan kosmetik terkenal iaitu Nur Sajat didakwa telah digari dan ditahan kerana berpakaian menyerupai wanita ketika menghadiri satu majlis doa selamat. Malah, usahawan kosmetik itu juga dikatakan gagal menghadiri sebutan semula pertuduhan berhubung isu tersebut seperti mana ditetapkan mahkamah.
Artikel berkaitan: ‘Saya Tunggu, Dia Tak Datang’ – Gagal Hadir Ke Mahkamah, Sajat Dikenakan Waran Tangkap
Terbaru, memetik laporan Gempak, pihak mahkamah telah menyeluarkan waran tangkap terhadap Sajat. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengerahkan kira-kira 122 penguatkuasa untuk mencarinya.
Waran tangkap dikeluarkan
Menurut laporan Malaysia Gazette, Pengarah JAIS iaitu Datuk Mohd Shahzihan Ahmad membuat tindakan tersebut dengan mengerahkan 122 penguatkuasa mencari usahawan kosmetik itu selepas pihak Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap.
Waran tangkap yang dikeluarkan pihak mahkamah selepas dia gagal menghadiri perbicaraan tempoh hari. Ia susulan Sajat didakwa berpakaian menyerupai wanita pada tiga tahun lalu.
JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor.
Mengesan kedudukan Sajat
Sebelum ini, pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas tuduhan berpakaian menyerupai wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat pada 23 Februari 2018, jam 7.30 malam di premis kecantikannya iaitu Nursajat Beauticion.
Belum ada sebarang tangkapan setakat ini, pasukan penguatkuasa kita sudah pun digerakkan ke seluruh Selangor bermula hari ini untuk mengesan kedudukan Muhammad Sajjad.
‘Terus terang, saya tak takut’
Sementara itu, memetik laporan Gempak, Sajat menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk sengaja tidak menghadiri perbicaraa semula di mahkamah. Dia gagal hadirkan diri ke mahkamah disebabkan faktor kesihatan.
Saya tidak sihat. Muka dan badan saya tiba-tiba jadi bengkak akibat alahan makanan. Surat pengesahan doktor pun ada kalau tidak percaya.
Kalaulah saya mahu mengelak atau lari, lebih baik pindah ke luar negara. Buat apa saya beri kerjasama selama ini? Terus terang, saya tak takut. Tetapi lebih sedih dan kecil hati diperlakukan sebegini.
Sumber: Malay Mail, Gempak