berita

JAIS Respon Dakwaan Sajat Digari, Dikasari Ketika Soal Siasat

January 13th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai satu video yang dimuatnaik oleh usahawan terkenal iaitu Sajat. Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Artikel Berkaitan: Video Kena Gari Tersebar, Sajat Ditahan?

Terbaru, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuka mulut dan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu viral itu.

Sajat kena gari, ditahan

Dalam perkongsian video oleh Sajat sebelum ini, dia mengaku telah digari oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu Bharu. Difahamkan, hal ini dipercayai berlaku kerana Sajat berpakaian seperti wanita ketika menghadiri satu majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat pada 23 Februari 2018.

Tidak cukup dengan itu, Sajat mendakwa dirinya tidak mendapat layanan yang baik malah telah dikasari oleh pegawai JAIS yang bertugas walaupun dia telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka.

Pegawai JAIS sudah dipanggil

Susulan daripada video viral itu, JAIS telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di laman Facebook. Berdasarkan kenyataan tersebut, pihak mereka juga dikatakan telah memanggil Pegawai Penguatkuasa JAIS yang terlibat untuk memberi keterangan berhubung isu dan laporan yang dibuat oleh usahawan terkenal itu.

Menurut sumber, isu ini kini disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.5 Tahun 1995 yang dilakukan oleh Sajat di Negeri Selangor. Bukan itu sahaja, ianya juga termasuk beberapa aduan mengenai kelakuan dan tingkah laku Sajat yang diterima sepanjang tahun 2018 dan 2020.

Kenyataan rasmi JAIS

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

SKIP THIS AD ×