berita

Video Kena Gari Tersebar, Sajat Ditahan?

January 7th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Sajat Kamaruzzaman, pasti semua sudah mengenali usahawan kosmetik yang sering dilanda kontroversi ini. Malah, semalam viral satu video di media sosial memaparkan Sajat telah digari.

Sajat kena gari?

Menerusi video pendek berdurasi 0:15 saat yang dikongsikan di akaun TikTok Rudyaj01 memaparkan usahawan kosmetik ini sedang membuat Live di Instagram miliknya iaitu Nursajat23. Tetapi lain pula yang jadinya apabila melihat pergelangan tangan Sajat seakan ‘digari’. Bukan itu sahaja, rata-rata para peminat dan pengguna media sosial yang menonton live tersebut agak terkejut dengan insiden yang berlaku.

Malah mereka tertanya-tanya apakah punca sebenar dan kesalahan yang dilakukan oleh Sajat sehingga dia digari. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan dan kejadian sebenar yang berlaku. Difahamkan, gambar terakhir yang dimuatnaik oleh Sajat di Instagram adalah 2 hari yang lalu sementara di IG Story adalah 22 jam yang lalu. Namun, sehingga kini tiada posting terbaru yang dibuat oleh usahawan kosmetik ini.

‘Be strong bang Jat’

‘Lelaki harus kuat’

Sumber: Rudyaj01

×