Pengarah dan penerbit, Jaja Ishak akui ‘memilih bulu’ dalam menetapkan kriteria pelakon yang akan membintangi naskhah produksinya iaitu Jaja Ishak Channel.
Artikel Berkaitan: Baru 7 Hari Dilancarkan, Lagu Haruman Terindah Nyanyian PU Lokman Trending No.1
Artikel Berkaitan: Jaja Ishak Setuju Penerbit Boikot Pelakon Bermasalah, Puji Hafidz Roshdi Berdisiplin
Utamakan orang Pahang
Ketika ditemui OhBulan, Jaja berkata dia lebih selesa mengutamakan pelakon yang berasal dari Pahang kerana percaya itu adalah cara terbaik untuk mengangkat negeri kelahirannya selain memberikan semula kepada masyarakat.
Secara jujur memang saya pilih bulu. Itu adalah rumah produk saya, jadi terserah untuk pilih pelakon bagaimana yang dimahukan. Asalkan stesen TV setuju dengan pilihan produksi saya, kita teruskan.
Kebanyakkan karya saya yang hampir 50 naskhah kesemuanya, saya memang akan buat penggambaran di Pahang. Jadinya untuk memudahkan cara kerja, bersangkut paut dengan Pahang, saya memang ambil pelakon orang Pahang.
Maksud pilih bulu di sini adalah pilihan, contohnya dua pelakon yang bakat mereka setara, tetapi salah seorangnya dari Pahang, sudah pasti saya akan pilih yang berasal dari Pahang itu.
Bukan kekwat, tetapi ini adalah cara memberikan semula kepada masyarakat. Dalam masa sama mudah untuk berurusan dan secara tidak langsung menjana ekonomi Pahang, saya terlalu sayangkan negeri saya.
Jaja berkata demikian ketika ditemui di majlis Lepak Bersama Indigital Music yang diadakan di sekitar ibu kota, pada Rabu.
Ketika ditanya, tidakkah berasa takut sekiranya ada pelakon lain berasa ‘turn off’ dengan syarat tersebut, Jaja menjawab dia bersikap profesional dan bersikap terbuka.
Saya tidak takut pun jika ada yang merasakan sebegitu ‘turn off’. Saya seorang yang sangat terbuka. Kalau dia nak bekerja dengan saya silakan, kalau tidak mahu pun tak mengapa.
Setiap karya daripada Jaja Ishak Channel mendapat sokongan daripada kerajaan Pahang.
Dalam perkembangan lain, Jaja berkata dia bakal menerbitkan drama baharu berjudul Panggil Aku Dahlia yang dijadualkan ditayang pada tahun 2024.
Saya akan keluarkan drama terbaharu bertajuk Panggil Aku Dahlia. Sebanyak 26 episod kesemuanya, akan ditayangkan di RTM selama satu jam.
Berkemungkinan besar akan ditayangkan pada hujung tahun 2024. Mula penggambaran pada Februari 2024 dan melibatkan lokasi di sekitar Pahang iaitu di Cameron Highland, Kuantan serta Temerloh.
Drama ini berkisahkan tentang dua pesaing perniagaan ladang teh. Ibu bapa peniagaan ini bermusuh, tetapi anak mereka bercinta. Jadi teimbul beberapa isu dan konflik.