Penerbit, Jaja Ishak bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh sesetengah sutradara yang bertindak memboikot pelakon yang mempunyai masalah disiplin daripada membintangi naskhah mereka. Malah dia turut mempunyai pendirian yang sama.
Artikel berkaitan: ‘Tu Bajet Zaman Sultan Melaka Ke?’ – Tony Eusoff ‘Sound’ Produksi Kedekut, Tawar Bayaran Rendah
Artikel berkaitan: ‘Apa Orang Cakap, Saya Tak Peduli’ – Wakil Rakyat Didakwa ‘Jelir Lidah’ Respon Pertahankan Diri
Blacklist pelakon bermasalah
Bagaimanapun kata Jaja, dirinya masih boleh bertolak ansur dengan pelakon yang mempunyai masalah peribadi namun bersikap profesional dan tidak menjejaskan prestasi lakonan ketika di lokasi penggambaran.
Sudah pasti saya setuju dengan mana-mana produser atau pengarah yang banned artis bermasalah. Kalau saya sendiri pun, jika tak selasa dan tak suka, saya tidak akan panggil berkerja dengan dia, mudah sahaja konsep saya. Kalau bagus orang panggil kau dik, kalau tidak, faham-faham lah.
Jika dia ada masalah melibatkan mahkamah atau sebangainya, tetapi tidak melibatkan kerja saya ok. Sebab setiap orang ada masalah peribadi. Cukup dia berlaku professional dengan kerja, tidak terbawa-bawa ke set penggambaran.
Ditanya adakah sudah mempunyai nama pelakon yang diboikot, Jaja berkata, sehingga kini masih tiada nama yang disenarai hitam olehnya.
Setakat ini jujur saya katakan tiada pun nama yang saya blacklist. Tetapi ada juga beberapa artis yang pernah saya panggil kemudian taubat dah tak nak ambil lagi, apa sebabnya saya tidak boleh cakap.
Antara faktor, sebab attitude dia, demand (bayaran) yang terlalu tinggi, tak nak bermasyarakat. Konsep saya bekerja nak tenang, senang dan hasil yang bagus pada akhirnya.
Hafidz Roshdi berdisplin
Sementara itu, ditanya adakah akan mengambil Hafidz Roshdi untuk berlakon memandangkan pelakon tersebut terkait dengan kontroversi, Jaja menjawab tiada sebarang masalah buatnya untuk bekerjasama sekali lagi dengan aktor itu.
Dia pernah berlakon dengan saya dan saya tak akan banned (boikot) dia. Dua kali kami pernah bekerjasama. Kalau ada kali ketiga setakat ini tiada lagi keperluan untuk panggil.
Saya terbuka untuk panggil dia, jika ada watak bersesuian dan stesen TV approve tiada masalah untuk panggil Hafidz.
Hafidz bagus dekat set, dua kali shoot dia tidak pernah buat masalah, call time bagus, berdisiplin dan boleh bawa berbincang. Harga pun boleh dibincang, cuma mingkin dia ada masalah peribadi, yang itu saya tak nak masuk campur.
Dalam perkembangan lain, sebuah drama terbitan Jaja Ishak Channel berjudul Cucu Wan bakal ditayangkan seminggu sebelum hari raya di saluran TV 3. Cucu Wan dibintangi barisan pelakon hebat tanah air termasuk Sharifah Sakinah, Noorkhiriah, Khatijah Tan dan ramai lagi.