Tony Eusoff merupakan antara pelakon ‘lama’ yang berpengalaman dalam dunia lakonan, baik di kaca televisyen mahupun teater. Berilah apa sahaja watak, pasti akan dilakonkan dengan baik. Terbaru, lakokannya menerusi filem Dendam Pontianak bersama Remy Ishak, Nur Fazura menerima pujian.
Di media sosial, Tony Eusoff meluahkan rasa kesal apabila ditawarkan bayaran yang tidak setimpal dengan kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Rendah dari tu baik menjaja je
Tony Eusoff mendedahkan perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara produksi yang berhajat menawarkannya job shooting. Status yang dimuatnaik pelakon lelaki ini di laman Twitter turut mendapat perhatian dalam kalangan rakan-rakan artis yang lain.
Difahamkan pihak produksi ini turut menawarkan sejumlah bayaran yang rendah dan tidak setimpal dengan kehandalan lakonan seorang aktor yang berpengalaman. Pelakon ini menyifatkan bayaran yang ditawarkan untuk 11 babak itu sesuatu yang sangat rendah dan tidak layak untuk seorang aktor yang telah lama bergiat dalam industri seni.
Sedih
Rakan lakon iaitu Iedil Putra turut meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa segelintir pelakon di Malaysia. Mereka sering menghadapi nasib yang sama ditawarkan bayaran penggambaran dengan rendah dan tidak setimpal.
Tunjuk je harga tu
Ramai netizen menanyakan kepada pelakon ini akan sebab dia menutup harga tawaran penggambaran yang ditawarkan produksi itu. Tony Eusoff menyatakan semua orang termasuk produksi atau syarikat harus tahu nilai bayaran diri pelakon berdasarkan pengalaman dan kebolehan lakonan mereka. Tambahnya lagi, nilai bayaran juga tidak ditetapkan oleh sesiapa. Bebas untuk semua orang punyai hak meletakkan harga.
Sumber: Tony Eusoff