Baru-baru ini, viral sebuah video aksi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew dikatakan mengejek peniaga sambil menjelir lidah ketika berlakunya provokasi di Uptown Danau Kota mendapat perhatian. Malah, ramai tidak berpuas hati dengan tindakan yang telah dilakukan wakil rakyat Wangsa Maju itu.
Sehubungan itu, Datin Dr Tan Yee Kew tampil memberi respon dan mempertahankan dirinya susulan penularan video berkenaan.
Saya tak peduli komen negatif
Ni perangai Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju Tan Yee Kew. Perangai macam ni betul menunjukkan tahap iq seorang MP PKR.
Rakyat perlu ajar ahli parlimen sebegini. Betul betul badut sarkas! pic.twitter.com/0JCYtkJn1E
— PEMBANGKANG ? (@Sir_Azri) January 2, 2020
Tambah wakil rakyat ini, isu mengejek itu adalah remeh berbanding untuk fokus kepada menjaga kepentingan dan hak peniaga yang dipindahkan ke Bazaria Wangsa Maju berdekatan tapak lama seluas 1.2 hektar.
Saya tidak peduli komen negatif. Saya tak fikir pun saya lakukan sesuatu yang salah. Saya rasa sudah lakukan sesuatu yang sangat baik kepada masyarakat dan saya rasa gembira.
Saya dapat banyak komen di media sosial yang menyokong. Bagi orang luar atau cybertrooper yang dibayar untuk buat komen yang jahat itu, saya tak ambil berat.
Dapat banyak komen yang bagus
Agenda utama adalah menyediakan tapak yang lebih tersusun, memberi lesen sah dan murah dengan meminimumkan gangguan kepada penduduk setempat.
Saya dapat banyak komen yang bagus contohnya, Norsuhana Ishak berkata ‘ini wanita besi, dia selesaikan masalah penduduk Wangsa Maju dalam masa dua tahun jadi Ahli Parlimen sedangkan dua Ahli Parlimen lelaki sebelum ini tidak berani nak sentuh isu Uptown ini, teruskan usaha YB’.
Saya fokus apa yang penting perlu dibuat di bawah kapasiti saya untuk diuruskan. Orang cakap apa mengenai video yang tular, saya tak peduli. Apa yang penting ribuan anak buah saya di kawasan ini sekarang semua gembira masalah semakin terlerai dan kembali aman dengan 500 penjaja diberikan tapak baru lebih selesa lengkap kemudahan.
Sumber: Harian Metro