First time merancang percutian ke Hong Kong, mesti korang semua akan risau. Mana tidaknya, sering kali kita dimomokkan kononnya di Hong Kong ini sukar untuk orang Muslim mencari makanan halal. Bukan itu sahaja, nak cari tempat solat pun susah. Persoalannya betul ke semua dakwaan itu?
Baru-baru ini kami telah dijemput untuk mengikuti dan merasai sendiri pengalaman bercuti ke Hong Kong anjuran Hong Kong Tourism Board (HKTB). Rupa-rupanya, memang banyak restoran halal yang ada di Hong Kong malah destinasi pelancongan terkenal seperti Hong Kong Disneyland dan Ocean Park juga menyediakan beberapa restoran halal dan tempat solat untuk memudahkan para pengunjung beragama Islam. Kiranya Hong Kong ini boleh dikatakan Muslim-friendly lah.
Menurut Ceci Chung, Pegawai Perhubungan Awam HKTB, kebanyakan tempat di Hong Kong telah menyediakan restoran-restoran halal yang boleh korang singgah untuk menjamu selera. So, lepas ini tak payah lah korang pening-pening nak cari makanan halal sebab kat Hong Kong, dah banyak restoran Muslim-friendly yang menghidangkan makan halal dan sedap!
Jom baca ini, admin dah listkan siap-siap senarai restoran halal untuk korang yang plan nak travel ke Hong Kong tu!
Wai Kee Restaurant
Wai Kee Restaurant memang famous dalam kalangan penduduk tempatan. Restoran ini menyediakan itik panggang halal yang sangat-sangat sedap untuk dinikmati oleh Muslim. Tengok gambar pun dah terliur haa!
Korang jugak digalakkan untuk mencuba menu halal lain di sini seperti nasi ayam kari, sup, kari lembu dan mee kari. Admin dah rasa haritu, fuh..memang lazat!
Restoran Wai Kee beroperasi pada jam 10 pagi sehingga 6 petang, di alamat No 5, Cooked Food Centre, 1st Floor, Bowrington Road Market, Wanchai, Hong Kong.
Islamic Centre Canteen
Untuk pengetahuan korang, Islamic Centre Canteen ini kerap dikunjungi oleh Muslim dari pelbagai negara termasuk Malaysia sendiri. Antara menu popular diorang yang korang wajib cuba adalah dim sum.
Sedangkan dim sum dekat Malaysia pun dah sedap, apatah lagi yang dekat negara asal dia kan? Kalau ingat balik makanan-makanan sedap dekat situ, admin rasa macam nak tinggal terus dekat Hong Kong. Memang yummys!
Islamic Centre Canteen ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 9 malam. Lokasinya; 5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Yat Sin St, Wan Chai, Hong Kong. Nasihat admin, pastikan perut korang kosong bila pergi sini, bolehlah makan dim sum banyak-banyak.
Casablanca Restaurant & Café
Pertama kali menjejakkan kaki dalam restoran Casablanca ini, kami dah jatuh hati. Ruang dalaman dan dekorasi restoran ini memang high class sangat! Ala ala Arabic gitu.
Antara menu wajib cuba jika korang berkunjung ke sini ialah nasi beriani dan roti naan special. Minuman? Wajib cuba Mango Lassi. Perghhh..memang terangkat!
Suasana kedai yang cukup nyaman dan selesa ternyata membuatkan penat lelah berjalan di sekitar bandar Hong Kong hilang.
Ma’s Restaurant
Ma’s restaurant terletak di Ashley Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon dan sememangnya restoran ini terkenal dengan makanan-makanan tradisi Hong Kong. Lebih menarik makanan yang dihidangkan semuanya halal jadi tiada masalah untuk pengunjung muslim mencuba makanan tradisi Hong Kong.
Antara menu paling famous adalah Veal Goulash. Dan yang paling best semua makanan yang korang order, diorang masak on the spot. Memang sedap!
Chrisly Inn Cafe
Menurut Martin Khan, salah seorang pemilik Chrisly Inn Cafe, restoran ini pada mulanya merupakan bakery yang dibuka pada tahun 2016. Namun pihaknya telah mengambil keputusan untuk menambahbaik menu yang dijual dengan menyediakan makanan-makanan halal seperti Pineapple Bun, Egg Tart, Wife Cake dan banyak lagi.
Hal ini sememangnya memudahkan Muslim yang datang ke Hong Kong untuk menikmati makanan-makanan halal di restoran mereka. Chrisly Inn Cafe terletak di kompleks perbelanjaan Shun Tak Centre, 168-200 Road Central, Hong Kong.
Restoran Ebeneezer’s Kebab & Pizzerria Tsim Sha Tsui
Korang yang tiba-tiba teringin nak makan kebab, nasi beriani, shawarma atau pizza ketika berada di Hong Kong, bolehlah terus pergi ke restoran Ebeneezer’s Kebab & Pizzerria. Memang terbaik kebab-kebab kat situ! Satu memang tak cukup, mesti kena order dua.
Kepelbagaian menu di restoran ini cukup menarik kerana ia menyediakan makanan dari Middle East dan juga India. Kami yakin korang mesti puas hati! Lokasinya di Shop G01C, G/F, Astoria Building, 24-38 Ashley Road, Tsim Sha Tsu, Hong Kong.
Menurut Cik Sharifa, Pengerusi Hong Kong Islamic Youth Asscociation (HKIYA), terdapat 200 ribu orang penganut beragama Islam di Hong Kong dan mereka adalah muslim daripada pelbagai negara seperti India, Pakistan, Arab, Egypt dan juga rakyat Malaysia sendiri.
Oleh sebab itu, permintaan ke atas halal food menjadi sangat tinggi. Kini, terdapat 65 buah restoran halal yang berdaftar secara rasmi dengan Incorporated Trustees of The Islamic of Hong Kong, yang juga merupakan pertubuhan untuk mengawal selia hal ehwal agama Islam dan penduduk muslim di Hong Kong.
Masjid Jamia & Masjid Kowloon
Untuk pengetahuan korang, masjid dan pusat kegiatan Islam semakin hari semakin berkembang di kota ini. Malah pada setiap Jumaat, Imam Masjid Kowloon, Mufti Muhammad Shoaib bersama-sama jemaahnya akan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. Boleh dikatakan seramai 4 ribu orang yang memenuhi solat Jumaat tersebut. Sebahagian daripada mereka merupakan penduduk Cina, dan selainnya terdiri daripada Muslim Asia Tenggara, Timur Tengah, Pakistan, India, dan juga Afrika.
Masjid Jamia yang terletak di 30 Shelley Street, Central, Hong Kong Island merupakan masjid yang tertua di Hong Kong. Masjid ini mempunyai unsur-unsur ukiran Islamic yang sangat cantik dan unik.
Masjid Kowloon pula dibina pada tahun 1896 dan kini menjadi salah sebuah tarikan ikonik bagi pelancongan mesra Muslim. Menariknya, disamping menikmati keindahan masjid di sini, korang jugak boleh mendalami ilmu agama dan mempelajari tentang sejarah masjid-masjid tersebut.
Ruang Solat di SKY100
SKY100 merupakan antara tarikan menarik yang sering dikunjungi pelancong jika berkunjung ke Hong Kong. Sedar akan jumlah pelancong Muslim yang semakin bertambah, pihak SKY100 mengambil inisiatif menyediakan ruangan solat di tingkat 100 bangunan pencakar langit itu.
Menurut Pegawai Pemasaran Kanan SKY100 Hong Kong, Katherine Wan, pengunjung Muslim tidak lagi gusar memikirkan tempat solat ketika menikmati pemandangan indah bandar Hong Kong.
Makanan halal di Disneyland Hong Kong
Kunjungan ke Hong Kong tidak lengkap jika tidak berkunjung ke taman tema Disneyland. Kata orang memang wajib pergi! Apa yang menarik perhatian kami ialah ruang solat yang serba kondusif turut disediakan di Disneyland Hong Kong. Ruang solat yang disediakan bersebelahan dengan restoran itu mampu memuatkan kira-kira 20 orang dalam satu masa.
Bukan itu sahaja, korang juga tak perlu risau nak cari makanan halal ketika berhibur di sini nanti. Disneyland juga menawarkan restoran halal iaitu Restoran Tahitian Terrace Adventureland.
Restoran ini menyediakan hidangan halal gaya masakan Jepun, Korea, Indonesia dan India. Kami berkesempatan mencuba nasi ayam hainan, memang sedap!
Hong Kong, kena ada dalam list destinasi wajib korang!
Sejujurnya, percutian 4 hari 3 malam ke Hong Kong memang tak cukup. Walaupun dah banyak tempat menarik yang kami singgah dan lawati namun pengalaman bercuti di Hong Kong ini takkan dilupakan. Rasa nak repeat pergi lagi nanti!
Kalau korang bercadang nak pergi honeymoon, family trip atau bercuti, Hong Kong memang patut ada dalam list korang. Terima kasih Hong Kong Tourism Board untuk pengalaman yang best ini!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari http://www.discoverhongkong.com/us/index.jsp