berita

Jalan Kaki Sejauh 1400KM Sempena Hari Malaysia, Dua Beranak Ini Dapat Pujian

September 13th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Lain orang lain ragamnya. Ada yang menghias kereta dan rumah dengan bendera Malaysia, ada juga yang sanggup berjalan kaki beribu kilometer semata-mata mahu menunjukkan semangat patriotik dalam diri.

Seperti yang dilakukan dua beranak ini, mereka sanggup mengembara dari Johor ke Perlis  sempena Hari Malaysia yang akan datang. Salute!

 Tinggal 400km lagi

Menerusi posting Penang Kini, dua beranak tersebut yang dikenali sebagai R. Ragu dan R. Surya telah tiba di Padang Kota Lama dan hanya tinggal 400km lagi sebelum sampai di Perlis.

Kembara dua beranak

Ayah dan Anak mengembara berjalan kaki sejauh 1,400km dari Johor ke Perlis

Pada 11 September lalu, dua beranak ini tiba di Padang Kota Lama, cuma tinggal 400km lagi sebelum tiba di Perlis menjelang Hari Malaysia dengan berjalan kaki sambil membawa Jalur Gemilang dan bendera Perak.Pengembara kelahiran Perak, R. Ragu, 43, ditemani anak lelakinya, R. Surya, 13, pelajar SMK St. Michael.

Jadikan acara tradisi

Pengembara kelahiran Perak tersebut juga bercadang untuk meneruskan lagi acara itu pada masa akan datang.

Beliau bercadang menjadikannya sebagai acara tradisi setiap tahun sempena Hari Malaysia.

Tahniah diucapkan atas semangat kenegaraan yang ditunjukkan dua beranak ini.Semoga dipermudahkan segala aktiviti kembara ini.

Semoga segala impian tercapai.

Dihujani ucapan tahniah

Posting yang mendapat 840 tanda suka itu turut dihujani ucapan tahniah dari netizen.

Sumber: Penang Kini

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×