berita

‘Jalan Palestin’ Di Kuala Lumpur Bukti Sokongan Malaysia Buat Palestin

September 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sentiasa memberikan bantuan kemanusiaan dan sokongan secara terbuka kepada negara Palestin.

Terbaru, satu jalan di tengah bandar raya Kuala Lumpur, telah dinamakan dengan nama ‘ Jalan Palestin’. Nama jalan tersebut telah dirasmikan hari ini dan secara tidak langsung hubungan antara kedua-dua negara ini akan menjadi semakin erat.

In the heart of the city

26 September 2020. Today in history in Kuala Lumpur city center, Malaysia. The Mayor of Kuala Lumpur and The Ambassador of the state of Palestine officially inaugurated the Street of Palestine “Jalan Palestine” in the heart of the city centre of Kuala Lumpur. This assures and extends the bilateral relations between the two brotherly nations and affirms on Malaysia and the Malaysian’s support to Palestine and the Palestinian’s.

Menerusi Facebook Viva Palestina Malaysia, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Duta Besar Palestin di Malaysia telah merasmikan jalan tersebut. Posting yang dimuat naik itu juga memberitahu bahawa kewujudan “Jalan Palestin” ini mampu menjamin dan memperluas hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan menegaskan pendirian Malaysia dalam memberi sokongan terhadap Palestin.

We love Palestin

Beberapa foto semasa perasmian tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga memperoleh ribuan tanda like dan share. Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira diatas perasmian nama jalan itu. Mereka turut gembira kerana negara amat prihatin dengan keadaan yang berlaku di Palestin dan berharap semoga Malaysia terus mempunyai hubungan yang baik dengan negara Islam tersebut.

Sumber: Viva Palestina Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×