berita

Jalan Raya Sesak, Suami Jadi ‘Bidan’ Sambut Anak Dalam Kereta, Siap JPJ Escort Lagi!

September 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, setiap ibu pasti mempunyai pengalaman berbeza-beza ketika bersalin. Ada di antara mereka yang mengambil masa yang agak lama dan sebaliknya. Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang suami, Hasrul Wahab yang terpaksa menjadi ‘bidan’ menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya dalam kereta semasa sekatan jalan raya.

Tiba-tiba jalan raya sesak

MasyaAllah. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Alkisahnya wife dari pagi semalam bagi tahu dah mula ada contraction, so standby. Bila dah petang dia cakap dah mula turun tanda. Ambillah halfday sebab kalau balik petang karang jem orang balik kerja. Dah sampai rumah, contraction macam dah kurang sikit pula. so tak apa lah rilek dulu maybe malam nanti, siap sempat tidur kejap. Selepas itu tengok wife dah macam sakit-sakit, tanya nak pergi hospital terus ke ni. Dia cakap boleh tunggu lagi. So decide lepas maghrib lah gerak, sebab dua-dua anak sebelum ni memang makan masa sikit sebelum delivery.

Lepas maghrib, terus pergi rumah mak hantar dua hero dulu. Tanya wife, boleh solat isyak dulu ke ni. Dia kata boleh. Kitaorang solat lah dulu. Lepas solat terus pecut masuk kereta sebab contraction dah makin kerap. Tengok map jalan tak jem sangat. Tiba-tiba bila nak lalu tol Kesas nampak jalan dah mula sesak. Aik tadi tengok map macam tak jem dekat sini. Maka di sinilah drama berlaku. Time itu lah wife kata baby dah nak keluar. Erk blur kejap. Apa benda semua ni.

Jadi bidan sambut anak

Rupanya JPJ baru je mula buat sekatan jalan op bersepadu. Aduh, saya pun terus ke tepi jalan. Bila keluar je, pegawai JPJ tu minta lesen. Terus cakap dengan dia, “Isteri saya dah bersalin encik dalam kereta” “Haa dah keluar dah?” Maka kelam kabutlah semua. Diorang try call ambulan. Saya pula terus buka pintu dan begitu cuaknya rasa bila wife kata baby dah keluar.

Saya pun terus sambut dengan kondifennya. Lalu jadilah saya bidan segera dua minit pun tak sampai (lagi cepat dari megi ?). Alhmdulillah baby keluar terus nangis. Media wartawan semua kebetulan ada sekali masa operasi semalam. Ada yang ambil gambar tapi saya tak bagi ambil gambar wife dan baby. Selamat diorang minta izin dulu.

Ambulan pula macam lambat sampai. So diorang decide escort kami ke hospital. Alhamdulillah cepat sikit sampai sebab jalan agak sesak rupanya. Mencabar juga bila kena escort. Kena bawa laju dan cekap nak mencelah2. Syukur selamat sampai di bahagian kecemasan. Terima kasih abang-abang JPJ atas bantuan malam tadi. Alhamdulillah wife dan baby boy semua sihat. Untung anak ketiga ni keluar-keluar terus dapat escort hehe. VVIP gitu ? Moga jadi anak yang soleh dan bermanfaat buat umat. Mohon doa semua ya.

Sumber: Hasrul Wahab

SKIP THIS AD ×