berita

Jalan Tutup Akibat Kemalangan, Abang Polis Jadi ‘Hero’ Hantar Remaja Pergi Exam, Terbaik!

October 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sikap tolong-menolong merupakan salah satu nilai murni yang perlu dipupuk dalam diri setiap individu. Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama, @aimadazfar menceritakan pengalaman supupunya menerima bantuan daripada anggota polis trafik.

Ada lori kemalangan

Menurut Azfar, dia berhadapan dengan satu masalah ketika dalam perjalanan menghantar sepupunya menghadiri peperiksaan yang berlangsung pada jam 9 pagi.

Jalan yang dilalui mereka telah ditutup kerana berlakunya kemalangan melibatkan beberapa buah lori. Berikutan daripada insiden itu, kereta yang dipandunya tidak dapat melepasi kawasan tersebut.

Polis trafik tolong hantar

Namun, tanpa disangka-sangka anggota polis trafik yang kebetulan sedang mengadakan sekatan jalan raya di situ telah menghulurkan bantuan membawa sepupunya itu ke tempat peperiksaan dengan menaiki motosikal.

Tambahnya lagi, walaupun pada ketika itu waktu tugasnya sudah tamat, anggota polis trafik berkenaan masih bermurah hati membantu mereka. Azfar meluahkan rasa terima kasih atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh anggota polis trafik berkenaan.

Terbaik abang polis!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan memuji sikap anggota polis tersebut. Mereka turut menyifatkannya sebagai seorang ‘hero’ selain tindakan mulia itu boleh dicontohi orang ramai. Terbaik!

Sumber: Aimadazfar

SKIP THIS AD ×