Tular dan hangat diperkatakan ketika ini adalah tentang kisah rumah tangga TikTokers yang didakwa curang dan menjalinkan hubungan dengan pekerja sendiri.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Cerai Dengan Ahmoi Tahun Lepas’ – Tiktokers ‘Viral’ Bakal Beri Penjelasan?
Artikel Berkaitan: ‘I Bagi You Kerja, Bukan Bagi Suami I Tau’- TikTokers Curang Dengan Staf, Siap Check In Masa Isteri Berpantang?
Sudah berkahwin?
Menerusi hantaran di media sosial Facebook (FB), warganet baru-baru ini mendedahkan beberapa keping gambar perkahwinan wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan TikTokers tersebut.
Gambar-gambar itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi iaitu adakah wanita tersebut pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini, sudah bercerai atau dia bersama TikTokers itu sudah pun berkahwin.
Isu ini menjadi bualan hangat warganet kerana gambar-gambar itu memaparkan wanita tersebut memakai busana pengantin dan duduk di atas pelamin.
Malah bukan itu sahaja, berdasarkan kapsyen yang ditulis, dia yang merupakan anak kedua di dalam keluarganya difahamkan sudah melangsungkan perkahwinan pada 24 Oktober 2021.
Syukur Alhamdullilah, berlangsungnya pernikahan anak kedua. Segala urusan dipermudahkan.
Spekulasi
Bagaimanapun, persoalan tentang status perkahwinan wanita itu masih lagi menjadi tanda tanya berikutan tiada sebarang penjelasan dari mana-mana pihak.
Sumber: Facebook