berita

Janda Muda Terkejut, Dakwa Mengandung Secara Tiba-Tiba Sebelum Melahirkan Bayi!

February 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tribun News

Pelik tapi benar, itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan situasi di mana seorang janda yang selamat melahirkan seorang bayi tanpa mengetahui statusnya yang sedang hamil sebelum ini.

Kisah aneh ini berlaku di sebuah daerah Kabupaten Cianjur, Indonesia. Memang pelik, tak mengandung tiba-tiba ada isi dalam perut, lain macam!

Ada sesuatu masuk dalam perut

Foto: Tribun News

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun New, wanita yang dikenali sebagai Siti Jainah, 25, mengaku dia merasakan terdapat sesuatu yang memasuki ke dalam rahimnya sebelum perut mula membesar. Namun, pada mulanya saiz perutnya kembali seperti normal sebelum kembali membesar dan selamat melahirkan seorang bayi.

Beberapa jam sebelum melahirkan saya merasa ada yang masuk ke dalam rahim saya dan terasa sakit. Setelah itu, selama 15 minit perut saya tiba-tiba buncit dan membesar. Selang dua minit, perut saya kembali rata dan akhirnya saya sakit perut lalu melahirkan bayi yang berjantina perempuan.

Ketika kejadian yang berlaku pada Rabu yang lalu, wanita cekal ini telah dibantu oleh seorang bidan ketika proses dia melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram.

Masih terkejut

Foto: Tribun News

Jujur sehingga sekarang saya masih terkejut. Mungkin ini sudah takdir dari Allah SWT. Yang penting saya dan bayi dalam keadaan sihat.

Walaupun, terkejut mendapat bayi perempuan secara tiba-tiba, wanita ini memanjatkan rasa syukur dan bertuah kerana anak yang dilahirkannya sihat seperti bayi-bayi yang lain. Difahamkan, dia sebelum ini telah bercerai dengan seorang lelaki warganegara Agrabinta.

Namun, atas persuratan takdir mereka telah berpisah sejak empat bulan yang lalu.

Laporan penuh

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×