Sebelum ini, usahawan berjaya iaitu Shuib Sepahtu mengakui syarikat jenama minuman miliknya, Bubble Bee culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) namun memaklumkan sudah pun menyelesaikan isu tersebut.
Namun begitu, nama pelawak itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila didakwa masih lagi belum diselesaikan.
Artikel Berkaitan: Shuib Mengaku Syarikat Culas Bayar Caruman KWSP Pekerja – ‘Berlaku Salah Laku Pengurusan’
Masih belum settle?
Menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok bernama @penuntutkeadilan, dia mendakwa bahawa Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad masih belum melunaskan bayaran KWSP pekerja syarikat Bubble Bee yang tertunggak.
Dakwa individu tersebut, caruman KWSP yang tertunggak adalah dari tahun 2022 hingga tahun 2023.
Hutang KWSP dari tahun 2022 sampai 2023 belum lagi dilangsaikan. Kat dunia ini boleh lah terlepas tapi bukan kat akhirat nanti.
Jangan ambil hak orang, yang haram tetaplah haram. Semoga orang orang yang berkenaan mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Dalam pada itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan respon Shuib juga tidak berjaya kerana pelawak berusia 39 tahun itu gagal dihubungi.
Komen netizen
Sementara itu, hantaran tersebut turut mendapat perhatian sebahagian individu yang mendakwa diri mereka bekas pekerja serta pekerja Bubble Bee.
Menurut mereka, dakwaan yang dimuat naik individu berkenaan adalah benar kerana mereka juga menerima nasib yang lebih kurang sama.
Terdahulu, tular di laman TikTok apabila seorang individu mendakwa syarikat Bubble Bee tidak membayar caruman KWSP pekerja sejak awal tahun 2023.
Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mendakwa berlakunya kelewatan pembayaran gaji serta elaun kerja lebih masa pekerja Bubble Bee.
Namun, Shuib kemudiannya melakukan sidang media bagi menjelaskan perkara ini dan meluahkan rasa syukur selepas isu caruman KWSP pekerjanya itu berjaya diselesaikan.
Sumber: TikTok